Senaman Selepas Bersalin, Apa Kebaikannya?

Nak buat rutin senaman selepas bersalin ni antara isu yang banyak ibu-ibu ketepikan dahulu. Namun manfaat senaman selepas bersalin tidak dinafikan, dan pastinya akan memudahkan anda menjaga anak dengan lebih berkesan.

Okeh, terus ke poin, apakah kebaikannya sampai perlu ibu-ibu lakukannya?

Kebaikan Senaman Selepas Bersalin

  • Kebaikan pertama haruslah berat badan menurun. Kikiki…
  • Stamina jantung lebih meningkat. Dan anda tidak cepat semput lagi.
  • Menguatkan otot-otot. Khususnya otot yang dah lembik dan longgar sewaktu mengandung
  • Meningkatkan kapasiti tenaga anda. Tak lah letih bila dah petang seharian jaga anak
  • Membantu anda tidur lebih lena
Antara kebaikan senaman. Rasa muda juga tau. Kredit: afuneralformyfat.com

 

 

Senaman Selepas Bersalin Apa Yang Sesuai Untuk Saya

Untuk senaman selepas bersalin ini, ia tak memerlukan alatan canggih dan berlanjan yang banyak pun kerana untuk peringkat permulaan ini senaman yang mudah dan boleh dilakukan di rumah, bila-bila masa sahaja untuk memberi ruang kepada tubuh untuk kuat semula selepas bersalin, dan juga menguatkan otot dari dalam pada masa yang sama.

Contoh dan idea senaman yang boleh dilakukan:

Senaman Umum Selepas Bersalin

Aktiviti berjalan adalah senaman paling basic dan mudah sangat-sangat untuk yang baru lepas bersalin. Nampak je mudah (“serius berjalan je pun boleh?”) tapi sebenarnya manfaat jenis senaman impak rendah ni besar tau.

Antaranya korang berada dalam steady state fat burning phase di mana tubuh korang akan bakar lemak yang ada, dan yang kita fokus sekarang ni di perut, kat perut tu lah yang akan kempis dan leper nanti.

Chup: tapi ada caranya juga tau, untuk itu korang baca perkongsian ini, bagaimana berjalan dengan betul membantu korang untuk kurus. Bukan jalan lenggang kangkung je ye.

Ini adalah panduan secara umum, yang rata-rata setuju tempoh masa ini sepadan dengan tahap kesihatan/keselamat ibu untuk bersenam. Jangan baru 2 hari bersalin korang dah kickboxing melainkan ada emergency 😀

Tak percaya lagi? Shai jalan dekat 6000-10000 langkah 3 hari berturut-turut (sebab nak setel sekolah anak). kejap ja perut leper daripada biasa. Yeahh!

Ok kembali kepada topik asal. ^^v

Selain itu, senaman paling popular berkait bab bersalin ini pastinya senaman Kegel, diamalkan untuk menguatkan otot-otot sekitar rahim supaya kuat kembali. Bestnya senaman ini, buat dekat mana-mana pun tiada masalah, ulangi sekurangnya 10x dengan 5 saat setiap kiraan.

Senaman Core/Perut Selepas Bersalin

Untuk senaman melibatkan perut, ia tiada masalah sekiranya dah pasti konfom 100x yakin mutlak dah sembuh seperti biasa. 

Sebab otot sekitar di situ mengembang 2,3x ganda (apatah lagi yang ceaser dah macam kena lapah gamaknya. Wahai anak dan suami, hargailah pengorbanan kami :P) jadi penting ambil berat isu kesembuhan kawasan perut sebelum memulakannya. Untuk lebih selamat, workout impak rendah seperti berjalan yang disebutkan sebelum ini akan bantu bakar lemak di perut tanpa beri kesan berat/tertumpu pada otot-otot perut.

Ni contoh otot rahim yang mengembang. Semak dahulu, jika ia mengecut kembali sediakala sebelum memulakan senaman khusus untuk perut ya

Baca lanjut di bawah untuk lihat panduan untuk pastikan samada otot-otot sekitar perut telah sembuh.

Dan jika telah sembuh, korang boleh cuba ikuti rutin senaman mudah seperti ini.

Orang kata kan angkat beban berat boleh buat rahim jatuh/prolapse kan. Maka peraturan umum, adalah berat yang kita boleh angkat adalah sama dengan berat anak. Jadi kalau anak 5kg, kampit beras saiz kecil tu lah yang boleh kita angkat.

Perhatian! Sebelum Memulakan Senaman Selepas Bersalin

Sekiranya anda bersalin normal, kebiasaanya (dengan rutin berpantang betul) selepas 44 hari dah boleh mula bersenam yang jenis impak rendah.

Untuk yang ceasar, kena ambil kira jenis senaman agar tak ganggu otot rahim yang baru dibedah.

Anda boleh pastikan dengan jururawat masa appointment anak nanti ya. 😀

Isu ini perlu diambil kira memandangkan ada potensi untuk ibu-ibu mengalami diastasis recti. Simptom otot rahim yang mengembang masa mengandung, tak kecut balik ke bentuk asal.

Selama ini , kita lebih fikirkan kebaikan anak dulu kan?

Baca sini untuk perkongsian diastasis recti sekali dan check jika korang ada isu ini, serta semak samada tubuh korang betul-betul telah bersedia.

Adakah Rutin Senaman Selepas Bersalin Mengganggu Penyusuan?

Terdapat isu tentang senaman ini menganggu penyusuan.

Iaitu penghasilan asid laktik (yang memang dihasilkan sewaktu aktiviti berat) menyebabkan susu badan yang terhasil selepasnya rasa masam.

Oh ya, asid laktik ni ada fungsinya tersendiri. Cuma kalau tak cool down yang cukup selepas bersenam, cramp lah jawabnya. 😛

Untuk lebih selamat, pam susu anda terlebih dahulu, atau berikan penyusuan dalam sejam selepas bersenam.

Kesimpulan

Kebaikan bersenam tidak dapat dinafikan dan ia lebih penting bila dah lahirkan anak. #fakta 😀

Rujukan: 1

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge