Tips Doa Mustajab Sendiri Punya

tips doa mustajab

Berdoa Dengan Konsisten

Amalan yang konsisten dengan doa yang konsisten, lagi banyak chance doa nak makbul inshaa Allah.

Doa ni secara spesifiknya, ialah korang senaraikan apa yang korang nak, dan recite doa tu tiap kali lepas solat sampai korang ingat intipati doa tu. Kalau berjela2 tu cer pendekkan dalam kategori yang sama, atau utamakan mana yang penting ka..again, ni ikut korang.

Tips tambahan: know the reason why you’re making this doa. Anybody can pray for a lamborghini but what makes us difference is apa dan mengapa korang nak benda tu.

Pada pandangan Shai, untuk meminta sesuatu tu semata-mata untuk diri sendiri pun tiada masalah, sebab lain orang lain benda yang sparks joy padanya. Cuma yang penting dalam Islam ni apa yang kita ada ni selain untuk diri sendiri, manfaatkan juga untuk asbab cari pahala sekali.

I wouldn’t lie that I have my own doa for myself. Shai minta ada rumah sendiri pun, nak ada tanah sikit sebagai swimming pool, dan tempat nak tanam pandan serai pokok limau sebab senang selain suka benda2 tu.

Rumah compact ja (nanti sapa yang nak kemas rumah tu), janji semua ada sebab Shai suka dok rumah dan habiskan masa dekat travel ke apa instead. No dapur besar for me sebab yang cuci aku jugak nanti. Dan Shai doa duit sentiasa cukup untuk beli planners sekali hehehe..

Oh ya, tips doa mustajabtambahan, buka doa dengan namaNya yang sesuai dengan doa korang nak (sebab nak doa, nama yang sesuai maybe ya Wahhab, ya Fattah, ya Mujib, atau idea untuk kerja maybe ya Rashid), dan juga selawat ke atas Nabi sekali.

Berdoa Tiap Kali Waktu Mustajab

Banyak waktu-waktu yang doa kita Allah makbulkan jadi janganlah terlepas peluang sementara stok masih ada.

Ye, ada waktu mustajab tu window dia kecik nau (macam lagi 5 minit bangun nak dekat subuh dah) nak doa berjela tu idoklah. Setakat apa yang kita sempat dan mampu dan pastinya Allah pun tahu. 😉

Doakan Untuk Orang Lain Yang Lalui Masalah Yang Sama

Untuk doa yang korang minta diselesaikan masalah yang korang hadapi, doa sekali untuk orang lain yang lalui benda yang sama, apatah lagi untuk doakan orang lain dekat apa-apa situasi yang korang nampak depan mata. 😀

Sebab doakan untuk orang lain, malaikat aminkan dan doa sekali untuk korang juga. Yeay ada geng.

Stay Connected With Him

Yang ni penting juga dibuat, dengan stay connected with Him is to always make doa as much as possible, tiap situasi dengan include His nama, as well as being aware of Him at all times.

Ittaqullah orang kata. Tu akan jadi asbab doa cepat makbul dengan izinNya.

Sediakan Satu Jurnal Kesyukuran

Yang ni Shai personally buat, dan pada pandangan Shai ia amat membantu sebab masa kita recap dan tulis apa sahaja yang kita syukurkan (walaupun sekadar dapat solok lada ekstra dari biasa heheheh) pun akan berikan satu aura lain, selain jadi asbab doa kita mustajab.

Sediakan apa sahaja buku nota (nak kecik macam A6 boleh, nak gedabak saiz A3 pun boleh kalau semangat), dan cuba konsisten setiap hari tulis. Ala-ala diari, tapi lebih kepada mencatat apa yang kita syukuri.

Sebab kita hargai apa yang Dia bagi.

tips doa mustajab melalui bersyukur

Kesimpulan Dari Tips Doa Mustajab Ini

Ni antara apa yang Shai dah belajar dan amalkan, and I thought it’d be nice to share it with you. Jangan ada yang pusing atau assume kita ni ilmu tinggi ke apa dan sewaktu dengannya. Taknak follow sudah nama kau dolah lah.

Alang-alang pada yang nak amalkan, kalau boleh mohon doakan sekali untuk kita, agar apa yang kita doakan tiap satunya makbul dan tercapai hajatnya.

Bukan pasal nak beli planner pun XD, tapi doa untuk bantu orang lepas ni, sebab Shai jenis tak sampai hati dengan budak2 susah ni. Thank you ya

Sekadar Peringatan

Oh ya, Shai belajar juga dalam aspek berdoa ni, lagi-lagi part cuci dosa untuk tak jadi asbab doa tak makbul (atau apa yang kita ada tak berkat dan susah lekat), ialah setelkan dengan sapa-sapa yang kita buat salah.

Dibuatnya kena setel dekat padang terkukur sana bukan takat cakap minta maaf atau bayar duit ganti tau; samada pahala korang dia ambil, atau dosa dia korang tanggung. Baca di sini.

Semoga membantu ya. 😀

Bacaan lanjut

2 Comments

  1. Di atas bukit perpadi huma,
    Cukup musim mari menampi.
    Biar ilmu setitis cuma,
    Asal diamal setiap hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge