Bagaimana Rutin ‘Gaming’ Membantu Untuk Mindset

action analogue blur close up

Rutin baru sejak terkurung dalam rumah (dan masih pun) setelah sekian lama dalam lockdown adalah dengan ber-gaming di rumah yang bukan sahaja untuk mengisi masa lapang tapi juga untuk melatih pelbagai kemahiran. Sambungan dari post sebelum ini.

Apa kau fikir main game dengan teknologi sekarang ni macam main Luxor? XD Dah canggih dah kak, sampai ke tahap nampak realistik serupa manusia depan mata dengan menggunakan Unreal Engine tu.

Tanpa menidakkan game dari 70-an sampai sekarang, beberapa kemahiran masih dapat dipelajari cuma bezanya yang zaman sekarang ni yang dikata lebih canggih tu spesifiknya ‘sophisticated’, menyeluruh, dan boleh menjentik emosi kita sampai kita rasa dekat dengan karakter tersebut.

Seperti macam kita boleh rasa ‘relatable’ dengan beberapa karakter dalam novel mahupun dalam Avengers, masih sama prinsipnya. 

Mindset Diperbaiki Melalui Gaming

Selain kemahiran yang dilatih ketika bermain game seperti kognitif, spatial, quick reaction dsbg, pengalaman sendiri setelah fokus dalam satu game ni membantu kita juga dalam aspek paling asas, iaitu mindset.

Shai boleh agak ada orang terdetik sinis dengan ayat ni.

Memandangkan kita cerita pendapat ni dari keadaan kita agak terkurung lebih-lebih lagi lockdown punya pasal (sewaktu artikel ni ditulis, varian baru Omircon dah wujud pula – helokk sangat) serta masa dihabiskan untuk kerja, mengurus rumah dan homeschool Naz, gaming ni bukan sekadar satu outlet untuk lepaskan lelah, malah ia membantu untuk kemahiran yang disebutkan, serta memperbaiki mindset yang sedia ada.

Perlahan-lahan dari tekanan yang pernah dialami Shai ubah keadaan ‘fixed mindset’ dengan ‘cognitive distortion’ dengan keadaan lebih baik dan lebih yakin dengan diri sendiri, ada ‘growth perspectives’ serta perbaiki pelbagai kemahiran/paradigma lain.

Cognitive distortion yang dimaksudkan. Kalau ada 1,2 pergilah check sebab mindset ni macam biasa sangat kita tengok

Haruslah, semua ni dengan izin Dia. Dengan saat terhalang ada jalan keluar juga melalui sokongan di media sosial dan juga dari gaming ni, walaupun bukan fizikal.

1) Permulaannya, gaming di PC sahaja bermain The Sims 4. Uruskan keluarga virtual ni dan hasilkan satu cerita dan legasi ikut generasi (sambil nak rasa pelbagai jenis ‘expansion pack’ jadi satu keluarga fokus satu ‘pack’ tu hehe).

2) Kemudian kita beranikan diri beli game Rise of the Tomb Raider dekat PS4 – walaupun tengah sale RM30 dari harga asal RM270 pun cuak giler dengan ‘fixed mindset’ aku sampai semayang hajat nak tau, sampai macam tu punya takut nak buat benda baru – ikut storyline game tersebut, main DLC dia dan cuba bahagian online yang memerlukan kita latih kemahiran survival. 

Lama-lama, semakin berani. Sikit.

3) Cuba pula dengan siri terakhir dalam trilogi Tomb Raider tersebut (yang lebih susah), latih main DLC nya tanpa rujukan untuk latihan minda. Dah setel tahap paling senang, kita ulang main dengan tahap lebih susah untuk latih kemahiran dan ‘quick reaction time’.

4) Beranikan diri untuk main siri Uncharted 1-3, game dalam genre sama seperti Tomb Raider cuma ada keunikan (orang kata USP) dia tersendiri. Waktu tu ketakutan masih ada (tak pasti sebenarnya, lebih kepada ‘fear’ dalam minda dan mahu berada dalam kebiasaan semata) jadi jenuh juga kaji dsbg sebelum mula main game siri ni. Ok seronok dan semakin berani walaupun makhluk dalam game tu ya Rabbi boleh buat orang sakit jantung.

Masuk Uncharted 4, storyline dia ralit cuma masuk bahagian online tu yang mindset kita sedikit sebanyak diperbaiki, malah rasanya lebih baik dari sebelumnya – syukur…

Ni mungkin bias tapi ini antara pengalaman yang dialami sendiri yang Shai fikir apa salahnya dikongsikan kalau ada orang lain yang alami seperti kita? Sedikit sebanyak ia membantu bukan sahaja dari tarik keluar kita dari zon selesa tapi juga membantu untuk lebih yakin dengan kebolehan diri, sambil membantu untuk kita lebih cekap dan bantu orang lain yang ada kelebihannya tersendiri.

Nak baca review game multiplayer yang disebutkan, boleh baca di sini ya. Setakat ni masih kurang toksik berbanding COD hehe..

Contoh mudah, kita dalam game online lebih kepada role support berbanding yang ke depan. Jadi biasanya akan berada di belakang ikut yang jenis main ke depan, bawa ‘medical’ jadi Medic, atau jaga kawasan tak bagi pihak lawan masuk (anti-flanker kekdahnya XD). Ada juga satu dua keadaan yang memerlukan kita ke barisan hadapan dan jujurnya tak lah takut macam dulu-dulu dah < ni yang dimaksudkan lebih yakin dengan kebolehan sendiri.

Some may say it’s a trauma response, and I have to concur as well.

Kadang-kadang ada satu dua pengalaman yang buatkan kita macam menyorok ke dalam ‘gua minda’ kita sampai tak jumpa cahaya n jalan keluar dah, hilang diri sendiri, hilang keyakinan walhal kita tahu pengalaman lepas kita boleh buat lebih dari tu.

Dan itulah yang kita buat sekarang ni.

La ni tak pro mana lah tapi kurang-kurang bila main pun rilek je n seronok sebab fikir nak tambahkan kemahiran n berterusan latih diri untuk lebih cekap kerana kemahiran sebegini akan digunapakai untuk aspek lain juga seperti kerja dsbg. Boleh tengok youtube channel kita longgok game yang kita main n rekod sekali hehe.. Sila follow jika suka dengan konten video dalam tu XD

Tu lah antara salah satu sebab mengapa dah lama tak post dekat blog. Soriiiiiii

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge