Tips Memakai Sunscreen/Sunblock Untuk Cuaca Malaysia

tips memakai sunscreen, memilih sunscreen, pelindung matahari

Lepas tengok ada gambar perempuan awet muda sebab konsisten menggunakan sunscreen, Shai pun mula nak konsisten menggunakan pelindung matahari ni heheh.. rupanya, ia item yang wajib juga untuk dipakai kalau korang serius nak jaga kulit muka. Ni sebabnya.

Apa Itu Sunscreen

Asasnya, sunscreen ni nama Bahasa Melayunya pelindung matahari, dan itulah kerjanya; melindungi kulit dari pancaran matahari yang boleh merosakkan kulit, yang dalam jangka panjang kita boleh nampak kesannya. Dan pancaran ini terbahagi kepada UVA dan UVB.

Dan kadar perlindungan yang sunscreen tu berikan kita tengok dekat nilai SPF (sun protection factor) dekat botol tu. SPF30 boleh blok hampir 97% sinar UV, manakala SPF50 boleh halang sampai 98%.

Haruslah, makin tinggi nilainya, bermaksud makin lama korang boleh duduk bawah pancaran matahari tu sebelum kena sunburn – ni teori untuk kiraan ja ya, tak bermaksud korang pakai SPF500 sekalipun, korang boleh berjemur dekat panas terik tu. Dan korang stil kena sapu sunscreen secara berkala jugak.

Jenis Sunscreen Yang Ada Di Pasaran

Sunscreen Jenis Fizikal

Sunscreen terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis fizikal atau kimia. Yang fizikal ni asasnya pelindung matahari secara fizikal, iaitu bahan yang terkandung tu akan pantul keluar cahaya matahari dari kulit korang (sebab tu asal sunscreen jenis ni kita panggil sunblock; dia literally block the sunrays hehe). Dan bahan tersebut biasanya zink oksida atau titanium oksida.

Kekurangan sunscreen jenis ni dia bagi white tint dekat kulit korang yang takda apa pun sebenarnya, cuma leceh bila nak bermekap dan bila korang ambil gambar dengan flash, nampak muka tu macam berhantu sikit XD. Namun, zaman sekarang sunscreen jenis ini dah makin kemas formulanya jadi tak nampak sangat white tint dekat kulit korang.

Sunscreen Jenis Kimia

Untuk sunscreen jenis kimia, ia bermaksud bahan yang digunakan diserap masuk ke kulit, dan berinteraksi dengan cahaya UV tersebut untuk ditukarkan kepada tenaga haba – jadi ia tak beri kesan dekat kulit.

Nota: takda beza sunscreen untuk muka dan badan sebenarnya. Cuma mungkin yang biasa tu rasa berat untuk kulit muka, takda masalah korang nak gunakan sunscreen khas untuk muka (dan biasanya formula untuk muka terletak elok dengan produk mekap lain). Untuk aturan pemakaian sunscreen, ia dipakai selepas pelembab.

Pemakaian Sunscreen

Kekerapan pemakaian bergantung kepada di mana dan berapa lama korang merancang nak berjemur bawah matahari tu. Umumnya, pakai dalam 30 minit sebelum keluar rumah, dan sapu lagi sekali setiap 20 minit lepas korang ada di luar (macam bershopping kat Jalan TAR ke apa). kalau keluar kejap dan terus masuk shopping mall, takda masalah rasanya.

Kesimpulan

Serius, penggunaan sunscreen ni boleh jadi satu pelaburan terbaik untuk kulit korang. Sebab sinar UV bila dia masuk dalam kulit, ia akan buat onar macam2 yang kalau tahap serius tu sampai hasilkan kanser – sinar UV ni lah titil pemula masalah kulit tampak tua semua tu.

Jadi logiknya, kita stop ia berlaku dengan pemakaian sunscreen, betul tak? 😉 Jangan lupa tips pelindung matahari untuk diamalkan dengan pemakaian sunscreen ya.

mommylotte

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge