Senarai Penuh Kegunaan Soda Bikarbonat

Antara item yang menjadi kegemaran Shai, ialah soda bikarbonat ni lah. Punyalah peberet, sampai dibeli stok beso dan asingkan dalam beberapa bekas untuk kegunaan rumah. Kenapa? Sebab soda bikarbonat ni item yang mempunyai banyak fungsi dalam kehidupan seharian, dan Shai kumpulkan dalam satu senarai penuh, untuk rujukan korang.

kegunaan soda bikarbonat, rumah, kecantikan, kesihatan, gastrik

Saya Ada Baking Powder, Sama Kan?

Tak sama, berbanding dengan yang disebut sebagai baking soda. Selain ejaan, yang membezakan soda bikarbonat ni dengan baking powder ialah ia perlu dicampur dengan cecair berasid untuk naikkan doh kek. Kalau baking powder, dah siap dah semua tu.

Baca lanjut kerana post ini agak panjang namun semuanya Shai jamin ia berguna untuk kehidupan korang. Tu dia, sampai camtu I rekomen, macam lah Shai ni duta soda bikarbonat hahaha.. XD

Kegunaan Soda Bikarbonat Untuk Kecantikan

Sebab ia jenis serbuk debu, soda bikarbonat boleh digunakan sebagai bahan tambahan ke pencuci muka korang untuk dibuat sebagai skrub muka (Shai selalu amalkan yang ni selang sehari sebab ia kuat sangat berbanding skrub yang guna serbuk kacang badam tu. Ikut kulit kot), pelembut tangan dan kaki untuk prinsip yang sama kerana ia melembutkan kulit, dan juga berkesan buang daki dan kotoran. Untuk kaki, boleh untuk hilangkan bau sekali.

Bab bau ni pula, soda bikarbonat boleh disapu kat ketiak korang sebagai natural deodoran. Sapu ja dekat pelipat tu masa kulit tengah lembab, tak perlu dah sapu2 deodoran. Tip ni juga Shai amalkan, sebab nak guna barang-barang alami. Jangan kata ketiak aku busuk pulak ceh.

Dan sebarang isu keradangan kulit seperti kegatalan kulit, sunburn, alahan, atau terkena sengat, korang hanya sapukan serbuk tu dengan sedikit air untuk tepek dekat kawasan terkena tu, biarkan sehingga kering. Ulang semula sehingga sembuh.

Sebagai pencuci rambut, ia boleh dijadikan sebagai booster kepada syampu korang dengan buang kulit mati, minyak, kotoran, dan baki produk rambut yang masih melekat. Hanya tambah ja sedikit dekat syampu dan guna seperti biasa.

Soda bikarbonat juga membantu untuk skrub gigi korang: tambahkannya ke ubat gigi masa nak gosok tu dan gunakan seperti biasa. Sesetengah gigi mungkin cepat terhakis tau jadi jika ya, guna seminggu sekali je lah. Shai amalkan memang nampak perubahan gigi, lagi clear n bersinar. Tapi kena konsisten la.

Kegunaan Soda Bikarbonat Untuk Kesihatan

Banyak kegunaan serbuk putih ni untuk kesihatan. Antaranya:

Kalau korang sebu, gastrik, ulser atau alami heartburn (pedih ulu hati), soda bikarbonat juga digunakan untuk legakan keperitan yang korang alami dengan segera. Hanya minuma larutan suam 2 sudu serbuk ni dan minum terus bila sakit tu datang. Lepas tu kalau tak nak sakit lagi gastrik ke apa, korang baca dekat sini.

Baking soda ni pun berguna kalau korang jenis cepat cramp lepas bersenam sebab dia akan serap asid laktik yang terhasil bila korang workout. Hanya larutkan ja sesudu biasa soda bikarbonat dengan air suam, dan telan.

Sekiranya tubuh korang agak asidik (tandanya seperti lenguh merata badan, asyik letih, dan makan pun jenis proses, manis, dan tak ambil sayur), amalkan larutan yang sama untuk stabilkan balik pH tubuh korang, sebab nanti beri kesan pada buah pinggang, penat nak tapis kotoran yang ada. Lepas tu bawak-bawaklah makan sihat sikit.

Kegunaan Soda Bikarbonat Untuk Rumah

Seperti untuk skrub muka dan kulit, baking soda ini juga berkesan sebagai skrub untuk dapur, lap microwave, dan juga pinggan periuk belanga korang; hanya sikit ja dan larut dengan air secukupnya pun dah berkesan. Dan yang bestnya, sebab ia natural, ia tak berikan kesan tak baik kepada kulit korang. Biasanya produk pencuci dapur kan jenis keras sikit.

Untuk periuk belanga dan sudu garfu yang jenis silver kena gunakan larutan pekat sikit iaitu nisbah 3:1, rendam sekejap, dan gosok pada alatan tersebut dengan span lembut, lepas tu bilas.

Kalau sinki tersekat, larutan serbuk ni dengan air panas, dan tuang dalam sinki untuk dia larutkan keladak yang ada keluar daripada paip bawah sinki tu.

Nak cuci karpet pun mudah dengan soda bikarbonat; hanya tabur secukupnya dekat karpet tu, tunggu kejap kemudian vakum. Langkah sama pun boleh digunakan untuk patung mainan anak yang jenis bulu dan kain. Hasilnya nampak segar gitu.

Ni pun Shai baru tau, serbuk putih ni pun boleh digunakan untuk cuci sayur n buah rupanya. Rendam jap sayuran buahan dalam air dan letak sesudu kecil soda bikarbonat. Tunggu sekejap dan gosok dekat sayuran buahan tu. Matilah bakteria yang ada.

Gunakan juga soda bikarbonat bila nak basuh baju, sebagai booster untuk serbuk basuh baju korang. Ia juga berkesan untuk tanggalkan bekas2 peot korang dengan cepat, cuma bagi larutan pekat sikit

Oh ya, untuk ibu-ibu yang gunakan cloth diaper, soda bikarbonat boleh digunakan untuk basuh lampin dan insertnya. Jangan gunakan serbuk basuh biasa dengan soflan tau nanti kencing anak tak melekat bila pakai nanti. Nanti Shai share post tentang cloth diaper, dari pengalaman Shai sendiri ya (untuk tahu blog post terkini, korang like fb page rasmi Shai di sini. Senang, update je terus korang dapat sama).

Untuk banyakkk lagi fungsi serbuk ni untuk rumah, kat sini ada senarainya.

Sumber: 1,2,

Bacaan lanjut

1 Comment

  1. Actually saya tengah ronda2 wepsait cari maklumat pasal soda bicarbonate utk buat bom asap bagi gimmick persembahan. Tengok2, tersangkut plak kat blog cik puan. Thanks alot atas maklumatnya.

    Assalamualaikum wbt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge