Solat Sunat Istikharah Tak Semestinya Untuk Kawin

Solat sunat istikharah ni kita biasa dengar yang bila nak kawin je amalan yang kena complement sekali kan? Baca sini untuk ketahui mengapa ia tak semestinya.Sampai jadi satu perkaitan kawin, istikharah, kawin istikharah. Sehingga shai perasan juga, amalan solat sunat ini by right, bukan untuk kawin semata-mata pun, sebab jika ya, mesti dipanggil solat sunat-kena-buat-kalau-dah-rasa-nak-kawin. Kan?

solat sunat istikharah kawin

Tujuan Sebenar Solat Istikharah

Tujuan solat sunat ini rata-rata kita dah tahu, adalah untuk minta Allah tunjukkan jalan kepada kita bila kita tak tahu nak pilih mana (korang fikir awek/balak/lagu Ukays tu ek? Hehe).

Dan ia tak terhad kepada pasangan rumah tangga pun. Kalau korang pening nak pilih universiti mana atau course mana, nak buat keputusan dalam perniagaan korang, mahupun nak bawa anak berjalan-jalan dekat mana untuk cuti seminggu pun boleh ja dengan solat ni.

Tiada masalah pun. Malah banyak kebaikkannya.

Antara Kebaikan Solat Sunat Istikharah

  • Korang serahkan pada Allah untuk tentukan, dan yang pastinya apa yang Dia tentukan tu mesti yang terbaik dan memudahkan hidup korang (walaupun ada masanya korang tak nampak apa kebendanya)
  • Korang tak payah pening dah lepas tu nak mikir kalau begini macam mana, kalau begitu, macam mana
  • Haruslah, Allah suka. Sebab korang tanya Dia dulu instead asking others or making your own decisions that are possibly tak membantu korang nanti

Apa Perlu Dibuat Dalam Solat Sunat Istikharah Ini

Ambil lah wuduk dan solatlah solat sunat tu. Hehe.. (tak membantu betul penjelasan ni). Kalau nak, bacalah doa istikharah. Namun pada Shai personally, doa sendiri pun takda masalah sebab lebih feel gitu.

Nak doa penuh istikharah di sini.

Masa doa tu lah korang explen n cerita habis-habis dekat Dia; serahkan semua masalah/kerisauan korang pada Dia. Dan buatlah solat sunat tu, tak cukup sekali, buat lagi sampai puas hati. Nak booster buat ja anytime sebelum azan Subuh masuk.

Lepas setel solat tu. Dah, buat kerja apa yang patut (masak ke, mandi ke, jogging ke dll). biar Allah berikan korang petunjuk yang korang nak, samada melalui mimpi (ni selalu popular), ilham/gerak hati yang kuat/lepas bincang-bincang dengan orang yang lebih tua (atau yang elok molek perangainya)/tanda-tanda yang korang nampak depan mata, Quran ka, dll.

That one, you will just know it, and you know what to do. 😀

Langkah Berjaga-Jaga Sebelum Solat Sunat Istikharah

Dalam aspek solat sunat istikharah ni, kena berjaga-jaga juga agar apa yang korang dapat tu jelas nyata dari Allah.

Sebaiknya sebelum nak solat tu, paling kurang solat taubat dan istighfar sebanyaknya. Kalau boleh sampai dapat feel rasa bersalah tu.yelah, kadang-kadang kita ada dosa terbuat tanpa sedar. Mana tau kot tersepak kucing ke apa.. Sebab tersiratnya ada di bawah.

Nak lebih selamat, kuatkan hubungan dengan Allah dulu; boleh dengan beberapa hari sebelum tu rajin berzikir dan mengaji ka dll, stop sat benda-benda lagha tu ka (stop lah kejap Spotify tu) dll. Tujuannya supaya kita rasa dekat denganNya dan kita tahu, apa yang kita dapat tu, Allah yang berikan petunjuk tu pada kita.

Pastinya, sepanjang masa lepas2 tu pun elok maintain connection yang kuat dengan Dia juga. 😀

Paling Penting!

Please, haruslah yang paling bahaya adalah kalau sebelum-sebelum tu masih ada dosa besar yang belum kita minta pada Allah untuk bersih dan ampunkan (tak kiralah dosa diri sendiri buat atau dosa kat orang lain) sebab kita manusia, mesti ada ja khilaf silap yang kita tak perasan. Tu yang selalu kecik2 mak kita tegur baru kita sedar kan.

Not judging but seriously, dah tengok benda bukan-bukan, perangai pun bukan-bukan lepas tu terus solat sunat ni, seolah-olah macam kita memperhambakan Allah untuk expect dapat petunjuk/jalan daripadaNya walhal awalnya pun kita banyak buat benda yang Dia tak suka. Sedangkan waktu solat fardhu pun, makhluk hanat dok menganggu kita, inikan kita solat sunat waktu yang agak kritikal bagi kita.

Nak-nak waktu kritikal tu pulak isu nak kawin

You get the idea. Maksud Shai adalah bila nak buat istikharah ni dengan rasa hamba, rasa kita memang tak tahu apa-apa pun dekat masa depan kita yang sehingga kita perlukan Allah untuk tunjuk sekian-sekian dekat kita. Biarlah ia memudahkan bukan sebaliknya.

Satu lagi, tak semestinya dengan mimpi tau. Ada artikel agama berkongsi, perempuan ramai bebeno orang risik dia (sebab dah berumur) tapi dia tetap tolak kerana katanya tak nampak dalam mimpi lepas istikharah. Ia tak boleh dikata sebagai petanda mutlak pun, namun nak tahu jawapannya adalah antara korang dengan Allah. 😀

Panduan Tambahan

Istikharah ni, by right sebagai side-kick nya juga tak semestinya kena solat. Ada masa tu tiba2 kalau dah kalut nak buat keputusan dalam 3 minit memang idoklah sempat nak solat.

Kalau dalam hati bertanya terus pada Allah minta gerakkan hati pun dikira sebagai satu bentuk istikharah jugak.

Allah is very lenient lah. 😀

Nak solat sunat nak tahu ubat mana yang sesuai dengan kaki lenguh mak ko yang tengah mengaduh sakit kat sebelah tu memang mintak kena luku lah. XD

Kesimpulan

Mungkin melalui post ini, Shai kupas isu istikharah ini agar kita lihat ia sebagai sejenis solat sunat yang khusus untuk bertanya Dia meminta jalan yang betul, sebagai tambahan kepada surah Fatihah yang kita baca secara asasnya dalam 17x sehari.

Boleh ja gunakan sebagai solat hajat untuk tujuan yang sama, namun ikut pembacaan Shai, solat sunat istikharah ni lebih khusus sebagai perantara kita nak minta Allah tunjuk jalan untuk kita.

Disclaimer ya; aspek2 ini, adalah sesuatu yang intangible, yang abstrak dan nak katakan kita buat sekian-sekian dapt hasil begini adalah logik matematik/logik rasional/logik batas manusia ja. Sebab balik-balik nanti ia bergantung apa yang Allah tentukan juga.

Namun pada masa sama, ada hukum Sunatullah yang kita boleh faham dan pegang: what you give, you get back. 😀

Semoga membantu korang yang baca ni (sorry kalau pening-pening, mohon rujuk dekat pakar bidang ni tau, sebab Shai dapat info2 ni dari pelbagai bacaan, perbincangan, dan kuliah), untuk kita sama-sama stay in the straight path and divinely guided by Allah ya Rashid. Biiznillah.

Yang pasti, solat istikharah bukan terhad bila nak kawin ja. 😀

Bacaan lanjut

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge