Sakit Gastrik Teruk: 6 Penawar Segera

Sakit gastrik teruk ni, memang azab pada siapa yang kena. Lebih kurang macam sakit sengugut, ada yang sampai kena masuk wad disebabkan menderita sakit gastrik ini. Anda boleh cuba amalkan makanan yang tersenarai dalam post ini, agar ia membantu anda mengurangkan sakit dan seterusnya mengambil langkah pemulihan untuk penyakit ini.

Sakit Gastrik Teruk penawar segera mudah

6 Penawar Sakit Gastrik Teruk

  1. Air

Penawar yang paling mudah, air akan mencairkan kepekatan asid dalam perut sehingga stabil. Cukupkan pengambilan air setiap hari agar dapat mengurangkan episod azab menderita sakit gastrik ini.

Pada masa sama, elakkan minuman berkafein, apa lagi air yang bergas kerana karbon dioksida tu lah yang akan mengeruhkan keadaan di perut tu (tu tempah maut namanya hehe). ^^v

  1. Air kelapa

Sebagai pemulih tambahan, boleh juga try minum air kelapa (yang asli suci murni tu). Manis semulajadi, ia juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral untuk pulihkan keadaan perut akibat sakit gastrik ni, sebab ia bersifat anttibakteria, untuk membunuh kuman gastrik.

image

  1. Halia

Mengandungi anti-inflamasi dan anti-bakterial yang merawat jankitan kuman dan bakteria dalam perut tu, malah mengurangkan simptom gastrik cam sakit perut, loya, dan poot poot kentut ๐Ÿ˜›

Favorite Shai juga kalau tetiba sakit perut memulas: buat teh kelat dengan hirisan kecil halia. Insya Allah dalam sejam eloklah tu. ^^v

Air halia juga berfungsi sebagai agen detoks, untuk membunuh kuman dan mengelurakan toksin. Klik sini juga, untuk mengetahui manfaat air halia sebagai detoks, untuk turunkan berat badan
  1. Kunyit

Satu lagi personal favorite Shai. Serbuk kuning ni mengandungi bahan dipanggil curcumin yang bersifat anti-bakteria dan juga merawat inflamasi yang legakan keperitan dan rasa terseksa gastrik. Sebagai persediaan, buat serbuk kunyit ni dalam kapsul dan telan. Karang kuning gigi pulaknya.

image

  1. Yogurt

Bahan makanan yang bagus untuk perut kerana kandungan probiotik melawan bakter H.pyolri dalam perut (benda alah tu lah yang buat sakit gastrik tu) serta melindungi tisu perut dari dirosakkan bakteria tersebut.

Amalkan dalam bentuk botol atau supplemen dengan berterusan, insya Allah bakteria tersebut dapat dibuang sepenuhnya. ๐Ÿ˜€ Dan tip: kalau nak pilih supplemen probiotik tu cari yang ada kurang2 ada 1 billion CFU. Kurang daripada tu sia-sia lah sebab asid perut korang melenyapkan bakteria baik tu.

  1. Jus perahan kentang

Boleh cuba ni, jus potato ini bersifat antacid dan beralkali (anti asid) dan berupaya untuk memulih kecederaan yang berlaku akibat sakit gastrik yang pedih, serta stabilkan kembali kandungan asid yang sedia ada dalam perut.

Buat perahan jus ini dan minum sebelum makan, untuk melindungi perut siap-siap.

Kebaikan jus kentang ni, Lihat dalam kotak oren tu ๐Ÿ˜€

Shai Ada Buat Konsultasi Gastrik , Untuk Masalah Yang Saya Alami Ini?

Ya, ada. Jika suka dengan penerangan Shai setakat ini, alhamdulillah syukur. Pasti konsultasi Shai secara one-to one pun akan membantu korang juga, Inshaa Allah.

Shai akan buat konsultasi yang sesuai dengan keperluan dan keutamaan diri, serta bajet anda. Cuma tahan sabarlah ya sebab kalau Shai buat konsultasi ni akan berjela-jela punya cerita untuk bantu korang dapat info yang penuh (selain tak reti nak adjust2 info, asal berkait semua aku cerita. haha).

Konsultasi yang Shai buat ni, berpandukan dengan satu panduan gastrik yang Shai sediakan, hasil daripada pengalaman, kajian, dan beratus konsultasi isu gastrik yang Shai buat sebelum ini.

Cuma tahan sabarlah ya sebab kalau Shai buat konsultasi ni akan berjela-jela punya cerita untuk bantu korang dapat info yang penuh (selain tak reti nak adjust2 info, asal berkait semua aku cerita. haha)

Nak konsultasi dengan Shai berpandukan panduan tersebut, klik dekat sini ya.

Perbincangan simptom dan langkah pencegahan gastrik. Banyak lagi whatsaap chat gini, panjang berjela semuanya ๐Ÿ˜›

Untuk ketahui lebih lanjut, klikย siniย ya. Panjang pulak nak tulis dekat sini.ย  ๐Ÿ˜€ Atauย untuk senarai testimoni terkini hasil konsultasi dengan Shai, dekat linkย sini.

Semoga bermanfaat untuk anda!

Bacaan lanjut

14 Comments

  1. alhamdulillah.. setakat ni xpernah rasa gastrik.. Terima kasih atas tips yang diberikan.. ilmu yang dapat bantu orang yang ada gastrik.

  2. Assalamualaikum. Macam mana nk dapatkan ebook gastrik ni. Sy juga menghidap gastrik. Bleh bg emel or phone number? Byk yg sy nk tnya..

    1. Mohon whatsapp saya di 017-915 3260 tuan. Inshaa Allah saya bantu sebaik mungkin untuk penyelesaian terbaik. *Update: Whatsapp hanya untuk yang mendapatkan panduan gastrik untuk konsultasi menyeluruh, di sini ya

    1. Saya pernah ambil, 1 kapsul sebelum tidur. buat sendiri dengang beli kunyit timbang dari kedai rempah dan masukkan dalam kapsul plastik boleh telan tu. ๐Ÿ˜€

    1. Ya betul tu. Saya sendiri mengamalkan kapsul kunyit yang dibuat sendiri. ๐Ÿ˜€

  3. Boleh cuba kaedah alami dulu kalau rajin, kalau malas dapatkan aje yang dah siap,macam ESP tu, habis cerita..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge