3 Cara Cepat dijamin boleh CANTIK!

Siapa kat dunia ni tak teringin nak cantik? Tipu tu..Sekarang ni, bukan wanita sahaja yang nak cantik, yang lelaki pun sama kalau bab2 jaga kulit ni. Namun yang biasa bermain di fikiran ialah nak kulit cantik gebu, mulus, dan flawless tu sampai berhabis ribu-riban untuk semua tu.
Banyak dah berita tentang orang yang mahu menjadi lebih cantik tetapi akhirnya bertambah jelek.

krim yang didapati mengandungi racun seperti merkuri lah, cucuk2 yang bagi bibir bengkak lah, dan  kulit yang mengelupas sampai berdarah2 jadinya.
 
Kerana bagi saya menjaga kulit dan kecantikan (yang memang semulajadi ada) adalah sebagai salah satu cara saya mensyukuri nikmat yang Allah bagi – elok2 kulit dah licin takda cela kalau kita ambil kesempatan tak jaga molek apa yang jadi kan? Dah berminyak menggerutu baru terhegeh nak jaga muka – kan tu dah nama tak bersyukur?
 
Saya dari dulu jaga muka dengan istiqamah (sejak 12 tahun) sampai sepupu gelakkan cam saya ni beauty conscious. 
Pada pendapat saya kecantikan tu juga satu harta kita, rezeki kita. Asalkan bukan untuk digunakan pada cara salah (faham2 sendiri ya) apalagi mengharapkan pujian orang (kalau somi wajib hari2 puji isteri).
 
Oke, straight to the point. Saya sharekan tips/langkah mudah untuk cantik – ni berdasarkan dari ‘kepakaran’ saya dalam penjagaan muka dan juga pengalaman saya sebagai penulis bebas dalam bidang kecantikan/fesyen selama 3 tahun. 
 
Jemput baca hingga habis dan amalkan HARI-HARI, insyAllah dalam 2 minggu boleh nampak kesan.

Diet sihat + Minum banyak air = makanan untuk kulit

Diet yang mengandungi tinggi kandungan buah dan sayur sangat penting untuk pemulihan dan pembinaan kulit yang kuat dan juga gebu, licin2, dan simply flawless. Dan juga minum banyak air masak (1 liter untuk tiap 25kg berat badan ye).
good foods bad foods
Suka saya ingatkan ramai kurang sangat minum air masak ni, kalau asyik terlupa download app ni katPlayStore dan lepas tu gerenti tak lupa dah. Minum air masak adalah benda paling wajib dalam penjagaan kecantikan artis Korea dan Bollywood – cantik kan?
 
Selain itu, makan sikit2 (atau sebaiknya elak terus) makanan berminyak, bergaram, dan minuman yang bergula dan berkafein tinggi kerana makanan seperti ini tidak membantu untuk kulit pon.

Pakai pelindung matahari 

Sunscreen ni biasa orang tak beli sebab mahal kan? Memang pun, tetapi ia adalah pelaburan yang terbaik untuk kulit anda kerana punca utama kulit anda tua sebelum masanya adalah pancaran UV matahari. Percayalah, SPF15 tak efektif – pilih SPF30++ dan keatas dan pastikan dia ada label ‘broad spectrum’ untuk perlindungan menyeluruh.
 
 
Saya biasa beli yang SPF50 masa aktif kadet polis and guna duit poket sendiri.. mahal memang mahal, tapi syukur kulit saya terlindung n maintain. Hari-hari kawad tengah hari terbako kulit wei.. 

Makan supplemen untuk bagi boost kecantikan kulit dari dalam 

Biasa dengar retis2 cucuk2 untuk nampak bergetah kan? Biasa depa guna vitamin C (botox haram ye) tapi kita yang biasa2 ni mana berani cucuk2 ni (mahal satu hal) jadi makan supplemen adalah yang next best thing kita boleh lakukan untuk kulit kita.
 
Untuk supplemen yang berkualiti dan terbukti berkesan, saya rekomen 3 yang paling asas, sesuai untuk lelaki dan perempuan.
 
 
Hasilnya, kulit anda akan lebih cantik, lebih berseri, dan awet muda dengan lebih lama. 
 
Dan kalau mahu boost lagi saya syorkan untuk mengamalkan ESP dan GLA Complex untuk lebih cantik, all out.
 
Ni dari pengalaman saya dulu makan minyak GLA, memang menjadi kulit saya lebih baik.
Cuma masa tu saya makan dari Evening Primrose Oil (EPO) jadi dlm sebulan gak baru nampak kesan. Kalau GLA complex saya yakin lagi cepat sebab kandungan GLA berganda tinggi dari EPO. Boleh baca lanjut di sini.
Saya percaya dengan pengambilan konsisten dan mengamalkan tips di atas kulit anda akan berubah dengan lebih menyeluruh dan kekal lama.
Lupa saya nak bagitau, selain kulit cantik, kesihatan anda juga akan bertambah baik. 😉
Klik sini untuk dapatkan senarai penuh produk-produk yang mungkin akan menjadi penyelesaian terbaik, untuk masalah kulit anda.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge