Persediaan Ke Sekolah Untuk Yang Autism

Mujur ada senarai persediaan ke sekolah yang Shai buat ni. Sebab baru selesai uruskan persediaan barang sekolah Naz dengan lancar dan jujurnya, mak dia yang terlebih excited hehehe.. masa kecik-kecik masa beli alat sekolah baru ni lah yang paling seronok sebab dapat benda-benda baru (nak-nak ummi dia ni #planneraddict jadi seronok tu level lain sikit).

Nak tau macam mana Shai ni planner addict ke apa, klik ig account khas Shai buat untuk hobi tu hehe..

Okeh, back to topic. Untuk ibu bapa yang first time ni debor jugak (masuk anak kedua ketiga dah tak heran pun) jadi harapnya senarai ini membantu korang sebagaimana ia membantu Shai.

Dan senarai ini disusun ikut keutamaan (kecuali bahagian “persediaan Lain”) jadi korang beli yang penting dulu, lepas tu adjust ikut kelas/sekolah macam mana. Shai tanya dah cikgu sebelum ini masa hantar surat pengesahan sekolah lepas dapat tawaran, macam rilek semacam je takda buku teks ke apa..tu yang blur-blur sikit.

Okeh, since post sebegini takda sebelum ini, jadi Shai kumpulkan info yang Shai dapat mengenai item-item yang diperlukan oleh budak-budak yang nak masuk sekolah rendah tahun depan. Dan khusus untuk Naz, yang ni untuk budak-budak autism, yang masuk sekolah PPKI, jadi ada extra persediaan sikit.

Senarai Barang Sekolah Untuk Persediaan

Baju Sekolah

  • Set baju sekolah sepasang
  • Kasut sekolah
  • Beg sekolah
  • T-shirt putih dan seluar sukan
  • Set baju melayu sepasang
  • Songkok

Alat Tulis

  • Set pensil (2), pemadam, pembaris, pengorek pensil, bekas pensil
  • Pensil warna
  • Gam, gunting
  • Drawing block
  • Set watercolor dengan berus (besar, sederhana)

*yang buku-buku seperti buku teks, buku rujukan, dan buku tulis akan di update. Pada masa sama kena check dengan sekolah masing-masing tau. Tu yang akan tentukan berapa kuantiti pembalut buku kena beli hehe..

Alatan Lain

  • Botol air
  • Bekas makanan
  • Tuala kecil
  • Dompet
  • Beg kalis air (wetbag)
  • marker pen untuk tulis nama anak kat setiap barang yang dia guna. Nak lagi power gunakan label maker hehe

Persediaan Lain

  • Anak boleh tulis (walaupun tak lawa pun tak apa), lagi-lagi untuk nama sendiri
  • *boleh potty sendiri (ni antara skill yang cikgu amat tekankan; pastinya atas budi bicara cikgu juga). Klik sini bagaimana Shai potty train Naz.
  • *Boleh dengar arahan, boleh duduk lama setempat
  • *Tiada/minimum behaviour agresif/impulsif (sikit-sikit takpalah kot, still kena suruh dia minta maaf jugak hehe)
  • Ada skill mengurus duit (kot-kot nak beli makanan dekat kantin)
  • Kad ditulis nama anak, nombor telefon, disimpan dalam dompet dan beg sekolah
  • Yang elaun murid keperluan khas (EMK) tu ada kata kena buka buku BSN, yang hat ni Shai kena confirmkan semula

Yang bertanda * ni kemahiran yang ditekankan di peringkat sekolah untuk mudahkan anak belajar dengan lancar; atas cikgu juga yang penting, kita maklumkan dulu siap-siap tahap anak dekat mana 😀

Kesimpulan

Belanja keseluruhan Shai spend untuk Naz RM150 gitu. Mungkin lebih tengok belanja bukut tulis ke apa pulak lepas ni. Dan nak cari paling mudah dekat Mr.DIY, Tesco, n Mydin 😀

Senarai persediaan ke sekolah ini akan sentiasa dikemas kini bila Shai dapat info baru ya. Atau pembaca yang ada pengalaman, boleh share di komen untuk bantu Shai (dan ibu-ibu lain) sekali? 😀

Shai refer post di sini, sini (yang ni detail dan sangat bagus), n sini sebagai panduan sekali.

UPDATE 2021 : Sejak hari sekolah ditutup sampai habis tahun 2 dan kemudian tahun ini pun Naz tak pergi sekolah (kita tahu lah bagaimana graf kes mencanak naik kan). Jadi memang homeschool Naz aja di rumah, berpandukan buku teks yang dibawa balik.

Dan untuk tahun ini, disediakan link pdf buku teks untuk download. Dekat link lain ada, namun ni yang Shai dapat setakat ini. Makpak pakat2 download pdf dan simpan dalam hp/google drive ya untuk mudahkan rujukan. Kalau terdelete ke apa, komen ja di post ni boleh Shai emelkan semula 😀 LINK BUKU TEKS PDF SINI

Bacaan lanjut

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge