Tips Dan Trip Sungai Chiling Untuk Keluarga

Post ni ditulis untuk berkongsi perjalanan ke Sungai Chiling, dan juga tips dari kacamata ibu dan keluarga. Yelah, dah jadi mak ni apa-apa kena fikir anak kan? Jadi tips yang disediakan pasti membantu. πŸ˜€

Dan idea untuk ke trip Sungai ChilingΒ ni dah lama sebab pernah nampak masa kami explore kawasan Kuala Kubu Bahru (masa tu masih tinggal di Bukit Beruntung, kitaorang explore sejauh mungkin nak tengok kawasan macam mana, both bandar dan luar bandar). jadi memang nampak lah sign board ke Sungai Chiling on the way jalan ke Bukit Fraser tu.

Masa tu tak pergi sebab dah ada air terjun yang lebih dekat, iaitu di Templer Park. Baca di sini trip kitaorang ke sana ya.

Anyway, balik semula ke topik.

Perjalanan Ke Sungai Chiling

Lokasi Sungai Chiling ni di Kuala Kubu Bahru, atas sedikit dari empangan tu (adalah kena lalu depan sikit, lalu jalan simpang siur sebelum nampak pintu masuk di sebelah kanan korang). Perjalanan dari kuala lumpur ke sana, ada dalam sejam untuk speed biasa.

Peta ke Sunagi Chiling. KTM paling dekat adalah KTM Rasa, dan kalau ikut kereta memang akan lalu Kpg. Ampang Pechah dulu. Kredit: https://ahpekbiker.blogspot.com/

Jangan risau, dekat bahagian depan pintu masuk disediakan parking yang agak luas jadi nak parking tiada masalah. Dan jadi kebiasaan juga orang parking tepi2 jalan bila dah penuh tempat aprking tu, sampai jambatan betul2 sebelum pintu masuk dibesarkan untuk bagi ruang kereta lalu.

Mana tak nya, bas, superbike pun ada kat situ. πŸ˜€ Tempat ni popular untuk hiking sampai ke air terjun dia, iaitu di titik terakhir Sungai Chiling.

Peta perjalanan dalam Sunagi Chiling, dengan titik akhir dekat waterfall dia. Shai pernah sampai takat tempat anak panah 3 dari kanan tu. Naz tak sabo nak mandi (dan bebenonya maknya dah tak larat hehehe).. Kredit: gokelah.com

Review Sungai Chiling, Untuk Keluarga Dan Anak

Pendapat Shai, tempat di ada yang sesuai untuk keluarga, lagi-kagi untuk anak kecil. Dekat Sungai Chiling boleh kata dibahagikan tempatnya ikut kategori orang yang datang: kalau yang single/nak hiking/dewasa takda hal nak naik jambatan dan lalu rentas sungai sampai ke air terjun nya, mahupun berhenti di tengah perjalanan untuk berkelah dan mandi mana-mana sungai.

Kategori ni pun boleh set khemah dan masak di situ. Tempat untuk pasang khemah ikut sendiri tak silap, namun kat bahagian depan pintu pagar masuk ada ruang luas untuk camping (atau glamping hehe) dengan air sungainya depan tu mendatar dan lebar. Ikan2 pun ada jadi boleh bagi roti makan kat depa sekali. πŸ˜€

Jadi pada masa sama, ruang depan ini yang sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil (mahupun untuk yang nak rilek2 takat rendam air dekat kaki ja). air sungai bahagian depan ni cetek ja, jadi budak2 nak duduk pun takda masalah, macam gambar bawah ni. πŸ˜€

Masuk je pagar memang akan nampak ruangan ini, sebelah pangkin besar kat belakang tu ada campsite untuk mereka yang nak berkhemah. Yang tempat Naz mandi ni lah yang sesuai untuk budak kecik, dan umumnya untuk keluarga berehat sama-sama. Nak buat BBQ pun boleh. Air sangat cetek jadi maknya tak risau dah

Win-win untuk mak nak rehat sekejap ye dok. πŸ˜‰

Bilik air dan surau juga disediakan sekali. Cuma pada Shai, kureng selesa sikit melainkan korang tak fikir apa dah melainkan nak salin baju cepat2.

Waktu tempat ni dibuka Jumaat, Sabtu dan Ahad ja ya. Tak macam kat Templer Park hari-hari juga.

Kredit gambar: http://budakletrik.blogspot.com/

Tips Ke Sungai Chiling Untuk Ibu, Dan Juga Keluarga

Bawa makanan sendiri lebih baik, kat gerai ada makanan segera dan air tin dan mineral, serta mainan buih, pelampung gitu. Lagi puas hati sebab makanan kena dengan selera masing-masing. πŸ˜€

Pihak pengurusan sangat particular dengan makanan yang kita bawa masuk. Kena maklumkan satu persatu makanan apa yang kita bawa dan tunjukkan kepada mereka. Benda ni kena ambil deposit ni. Kalau ada shot masa nak ambil balik depo, jadi burn lah duit tu. Jadi pastikan ya. Faham lah tu, mereka nak jaga ikan2 dari kena sampah sarap yang ada

*Even kalau korang plan makan dekat ruang sungai bawah sebelum hiking, boleh ja tumpang letakkan bekas makanan tersebut dekat pihak pengurusan dulu. No problemo, asalkan takda sampah dekat sungai tu ja. πŸ˜€

Lihat cuaca dan pastikan dengan pihak pengurusan sekali semalam ada hujan ke apa, untuk pastikan tahap air sungai. Takut tak lepas untuk budak-budak, kalau nak bawa sekali lagi-lagi bila paras air pinggang orang dewasa dan/atau air deras. Kalau jatuh susah nak dapat balik. Spek Shai pernah terjatuh situ. Huu. -.-

Spek dah terjatuh masa tu. Tengok je la keindahan alam dengan mata kabur haha. Yang gambar bawah tu Naz dok main di anak sungai cetek sikit, dengan hot wheels dia

Rajin-rajin le warm up kaki sikit sebelum nak panjat bukit. Makan sikit nasi/roti sebelum hiking kalau nak maintain endurance. Kan semput naya ja. Nak hiking sampai ke air terjun ada kurang sejam juga. Cuma bagusnya tanah agak landai sikit berbanding Templer Park dan macam tangga Batu Caves aku naik. Semput!

Bawa jugaΒ beg kalis air, simpan hp walet ke apa setempat. Sebaiknya gunakan beg galas untuk senang tangan nak pegang pokok ke apa bila berjalan. Kasut juga sebaiknya yang sesuai lah, asalkan grip kuat. Kami g dengan sandal croc dan selipar jepun ja, tangan usung nasi lemak n air bungkus, alhamdulillah so far (tak rekomen tau, just be safe dulu).

Plastik sampah bawa satu yang hitam beso tu, sumbat semua sampah dalam tu.

Baju spare semua bawa sekali untuk salin. Ini haruslah.

Ikan-ikan pesan sekali ni: bawa roti ke nasi lebih sikit, bagi kat kitaorang. Nanti kitaorang meleser dekat kaki tu. XD *makanan untuk ikan disediakan juga, RM2 sebungkus tak silap.

Bagi makan ikan sekali, share nasi lemak dengan diorg. Mulanya seekor je datang, dia panggil geng semua kerumun nak nasi sama

Sementara tu korang boleh baca post Sungai Chiling di sini. Sangat2 detail, atau tengok suasananya di video bawah ni (dari YouTube channel anak hehe). πŸ˜€

Kesimpulan

Semoga membantu panduan dan tips yang Shai kongsikan di sini. Post ini juga sentiasa di update, jadi anytime Shai pergi lagi sekali, Shai share banyak info/gambar untuk korang tengok ya.

Share post ni di fb/wassap korang. Mana tau ada rezeki boleh jalan2 di sini?

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge