Pilihan Untuk Kita Beraya

Kedatangan pilihanraya yang diumumkan pada 9 Mei memang mengejutkan. mana taknya, segar lagi berita tentang piyem kita jumpa Sultan dan baru lancar akta baru tentang penyebaran berita palsu, tiba-tiba dah kena mengundi awal mei nanti. Sebab selalunya tanda dia nak mai tu jalan berlubang akan diturap dulu kan?Teringin kita nak kupas isu ini sebab kelihatan retorik lama masih dimainkan, hanya dengan approach baru melalui iklan di google, website, facebook, malah di app. Gambar yang kelihatan yang begitu terang brightness-nya dengan muka ceria untuk tunjukkan elemen positif, siap dengan hashtag untuk ambil hati generasi muda.

lima warna yang ada setakat ini. Atau ada yang baru lagi?

Post ini bukan untuk memihak mana-mana, sekadar nak sama-sama kita alert dengan apa yang berlaku sebab setakat iklan di media yang tunjuk elemen positif, kewibawaan, dan leadership qualities tak mampu nak bertahan untuk 5 tahun seterusnya bila sedikit demi sedikit realiti terbuka semula.

Umpama jalan yang diturap bila nak dekat-dekat pilihanraya seolah nak tutup kekurangan lama, lubang tu akan terdedah juga kalau cara penurapan jalan tu tak kena dan tak kuat struktur asasnya.

Bukan apa, pelik juga bila lepas akta berita palsu tu dilaksanakan, terus pengumuman hari mengundi yang pada waktu hari bekerja (yang pastinya kebanyakan IC kita menggunakan alamat rumah yang sama di kampung), dan selepas tu terus dibuat pensempadan semula kawasan mengundi.

Sudahnya banyak syarikat swasta sahut ‘cabaran’ tu dengan benarkan pekerja pulang mengundi, AirAsia bagi tiket pada harga tetap untuk balik kampung dsbg.

Siapa Kita Nak Pilih?

Yang boleh kita buat adalah tahu kita sebagai rakyat ada kuasa. Kita majoriti daripada bilangan perancang polisi yang ada di negara ini. Kerana banyak dah isu peraturan baru nak dibuat akhirnya dihentikan sebab terlalu kuat bantahan orang ramai.

Sebab kita ada kuasa.

Cer tengok klip snippet A Bug’s Life ni, karakter ‘penjajah’ nama Hopper bagitau anak buahnya kenapa kena terus tekan semut-semut tersebut.

Maksudnya sama.  Tengok minit 1:20.

Sebab dalam sistem demokrasi, kuasa tetap berpihak pada yang ramai iaitu majoriti.

Tak suruh undi sekian-sekian, hanya minta yang membaca ini, mengundi kerana ada sebab kukuh dengan rasional, samada nak turut serta dalam apa yang sekian-sekian itu perjuangkan, atau undi kerana yang sipolan tu memang buat kerja, amanah, beretika, cakap serupa bikin, dan ada integriti.

That’s what a leader should do. Period.

Sebab Shai teringat satu situasi yang membuka mata serba sedikit tentang isu politik ni. Pihak bertentangan tak diberikan peluang sama untuk berdebat / berceramah isu yang diperjuangkan, dan masa nak dekat pilihanraya masa tu lah cerita dalam kain semua keluar, dalam bentuk flyers yang dihantar 3,4 pagi.

Masa dah senior baru register sikit nak sendal celah pintu dengan kain tak bagi masuk kertas2 propa tu.

Begitulah dengan politik versi realiti. Jadi cara yang kita boleh lihat ialah perhati pattern sejak 5 tahun lepas lagi. Adakah makin elok kuasa beli dan kebebasan kita, makin selamat dan terjamin hak kita semua, dan makin cerdik tak statement politik yang keluar dekat suratkhabar?

Sebab clearly, Malay sovereignty tak boleh terpakai lagi.

Terkapai adalah.

Kitaran Sama Akan Berulang

Kalau tak, pattern sama akan berulang. Ayat sama akan dicanangkan. Ayat yang sama kerana mereka tahu kita ni jenis mudah lupa. Bukan sekadar puisi yang Tun M pernah sebut; memang tertulis dalam nota penjajah Frank Swettenham tentang budaya kita. Penjajah perhati semua tu dan simpan sebagai data ikut negara jajahannya.

“nanti cina jadi PM”

“biar rasuah janji melayu yang berkuasa”

“anwar tu liwat tu bahaya”

Dan lain-lain lagi korang letak lah sendiri.

Akhirnya?

“anak kecil main api…” *mengalir air mata teringat tok nenek kita lawan penjajah, kibar bendera ‘megah’.

Lepas tu?

Jadi undi, pada yang buat kerja, yang baik sahaja, yang kurang kesan mudaratnya. Perhatikan pattern dan apa yang ditunjukkan sepanjang 5 tahun pentadbiran, bukan semata-mata waktu nak dekat pilihanraya baru nak tunjuk sebab waktu tu tak ikhlas namanya.

*macam analogi laki bini jugalah. Nafkah laki tak bagi tapi bila mak mentua datang buat spotcheck atau masa susah baru nak panggil intan payung, pijak semut tak mati.. Gitulah perumpamaannya.

Dan apa yang dibuat sepanjang masa/cara pemikiran /amalan harian, itu yang kita boleh lihat melalui statement yang dikeluarkan, samada melalui kenyataan akhbar atau media, atau melalui debat.

“Sayur mahal tanam sayur kat rumah”,”ayam mahal bela ayam”,”tol mahal guna jalan dalam”. Betul kajian psikologi tunjukkan kata-kata kita ni hasil pemikiran kita juga.

Dan korang tahu kenapa dan sebab apa korang undi sekian dan/atau sipolan ini, bukan sekadar ikutan dengan apa yang berterusan dicanangkan. Dan sahkan semua info/spekulasi yang ada berbanding menurut membuta sahaja. Kalau was-was, terus tanya kepada Allah yang nampak semua. Apa susah.

Sebab apa yang kita undi akan beri kesan kepada kehidupan orang lain, khususnya yang hidup mereka masih merempat di bumi kaya ini. Ya, negara kita kaya. sumber asli kita banyak dan berkualiti tinggi yang negara luar berebut-rebut nak beli.

*Sekadar pendapat peribadi, kerana Shai terkesan dengan apa yang berlaku, yang tak bernasib baik dan perlukan bantuan ja. Ini pun, sekadar apa yang Shai boleh buat melalui medium ini, supaya bila kita bercerita isu ini dengan penuh pengisian. 

Bukan sekadar ada biasa yang berat backup bagai nak rak last-last keluar ayat “orang politik semua sama je”.

Ah sudah.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge