Review Movie : Theory Of Everything

Baru nak buat review movie Theory Of Everything ni. Mungkin Shai agak ketinggalan nak tengok cerita ini (mana tak nya, movie ni tahun 2015 kot), namun lepas kematian Prof. Stephen Hawking baru Shai teringat dulu ada baca artikel tentang movie tersebut jadi Shai curious jugalah nak tengok. Serius, movie ni superb sangat2.

Theory Of Everything, movie, review, eddie redmayne, stephen hawking

Sinopsis Movie Theory Of Everything

Movie ni berkisar dari awal hidup Stephen Hawking masa nak buat PhD dekat Cambridge dan masa tu kenal dengan Jane Wilde yang akan jadi isteri dia shortly after, berdasarkan memoir yang isterinya tulis Travelling to Infinity: My Life with Stephen Hawking.

Nak dijadikan cerita masa nak buat PhD tu yang Stephen Hawking terjatuh teruk dan diagnosis dapat penyakit ALS yang akan ganggu saraf supaya otak tak dapat signal yang lama kelamaan nak gerakkan tangan, kaki pun tak boleh sebab signal tak sampai.

Cover buku dia

Beza sedikit dengan cerita One Liter of Tears, yang karakter utama Aya pula dia kena dekat otot, muscle distrophy namanya. Jadi nak gerak pun macam mana kalau otot dia mengecut sampai hilang kan. Mokhtar Dahari pun kena penyakit yang sama tak silap.

Btw: siapa yang belum pernah tengok cerita One Liter of Tears. Shai cabar tengok. Konfom menangis meleleh masuk episod ketiga dia. XD

Back to topic, Jane Wilde insist to marry him walaupun tau sakit macam tu dengan prognosis doktor kata selalunya dalam 2 tahun dah kira mati. Jadi lepas tu movie tunjuk sequence hidup mereka dari sekadar pelajar PhD sampailah dapat jadi Fellowship dekat Cambridge dengan makin lama ramai orang kenal lepas banyak theory dan kertas kerja dia published.

Yang isunya datang bukan sahaja dari keluarga (lebih lagi dari ibu bapa Stephen Hawking: mereka yang dikatakan intelek TAPI agak snobbish at that time, so to speak), bila dah terkenal lagi banyak hal kena fikir, apatah lagi masa tu kesedaran untuk orang kelainan upaya tak banyak sangat, dengan polisi kerajaan masa tu sampai ganggu bab kesihatan rakyat, memang struggle yang isteri dia telan lah.

Sampai ke tahap terpaksa bercerai. Cuma in the end mereka baik balik sebagai kawan, dengan suami baru Jane iaitu Jonathan (dulu sebagai kawan keluarga dalam satu komuniti sama, siap tolong urus sekolah anak, makan pakai tandas untuk prof tau).

Trailer dan deleted scenes Shai letakkan di sini untuk korang tengok.

Mengapa Ia Best Shai?

Mungkin sebab Shai biasa dengan bidang fizik ni (particle physics dan quantum mechanics. Fizik sekolah menengah bab 17 Tingkatan 5 je yang aku boleh cepat tangkap: Radioaktif hehe) jadi ada sense of familiarity dengan figures/karakter yang diketengahkan dalam filem ini, lagi-lagi pada professor himself lah.

Buku dia Brief History of Time popular for a good reason: dia tulis berkaitan masa dan aspek fizik quantum dalam bahasa yang mudah difahami jadi orang pun minat nak tahu asal usul masa tu bermula.

Buku tu pun Shai teringat2 juga nak baca tapi dah sibuk selalu terlepas pandang gitu lah. Mujur app Blinkist ada buat rumusan buku tu (sehari dua lepas prof meninggal jadi senang, tak lupa dah nak baca).

Boleh baca review Shai menggunakan app Blinkist di sini. Jimat masa untuk yang nak baca buku sekali lalu ja. 😀

Dan keseluruhan dari movie ini, dia takdalah nak cerita sebijik2 tentang bidang fizik sampai kita pun blur nak follow; ia lebih kepada hubungan dia dengan isteri dia, ikut buku yang ditulis isteri dia sebelum ini, finally able to adapted into a film.

Lelah nak follow satu persatu persamaan ni. 😛 Yang ni modified Einstein field equation, dia perincikan daripada E=mc2 tu untuk sesuaikan dengan quantum mechanics. Sumber: www.geocities.jp

Jadi kita boleh nampak susah payah dari awal sakit sampai jadi terkenal, dengan anak-anak yang dari kenal dunia pun dah tengok ayah depa guna kerusi roda, beransur-ansur sampai tak dapat cakap.

Dan dua-dua karakter utama memang ikut watak sebenar sampai kedua-dua prof dan isteri dia kata memang sebijik (idokle sebut sebijik, mestilah cakap in proper English hehe). Jadi sedikit sebanyak kita pun boleh lihat bagaimana realiti orang yang sakit ALS ni. Susah dan leceh satu hal, latar masa waktu tu dengan takda internet, akan jadi susah dah lambat juga kalau takda sokongan keluarga yang cukup.

Movie ni diorang buat sehampir mungkin untuk tunjuk realiti yang berlaku

Dan yang paling sayu (rasanya untuk perempuan kot sebab it’s a love story after all), ending scene dia buat sebagai simbolik ikut mekanisme black hole/singularity, bidang yang prof kaji dekat 50 tahun ++ selama ni (tak boleh cerita habis sebab jadi spoiler pula).

Tak habis pun lagi sampai dia mati hari tu, sebab dia masih usaha nak formulate Theory of Everything (yang gabungkan daya kuat, lemah, electromagnet, dan gravity dalam satu persamaan).

Aptly named, teori yang prof dok cari jadi nama filem ini. And what do you know: yang pelakon lelaki menang Oscar, pelakon perempuan dapat nominated in Oscar. Serius power lakonan diorang.

Kesimpulan

Movie yang betul-betul embodied karakter yang mereka lakonkan. Dan pada pendapat Shai, untuk lihat kesusahan mereka dalam dua jam movie tak cukup punya; lagi banyak untuk difahami dengan baca buku, sumber movie ini diadaptasi. Boleh yakin lah ia true story all over sebab prof sendiri pun setuju.

Untuk movie ini, memang dapat rating 6/5 bintang. Hehe..sampai terlebih bintang bagi. Nak tambah black hole nanti dia ngap semua bintang tu pulak (pun intended).

Btw, Shai panggil Stephen Hawking as profesor ja. Sebab dah biasa sangat baca hasil kajian dia merata tempat. Semua yang bagi Shai ilmu (secara langsung atau tak) Shai hormat dan panggil ikut pangkat, serta sebut nama mereka betul-betul tak kira orang Arab ke Perancis. Jadi jangan rasa pelik ya. 😀

And sorry (not sorry though) untuk such intense review. Still reeling from watching the movie. Shai terfikir nak review movie Lincoln pula lepas ni, another notable figure yang Shai fascinated masa kecik. 😀

*Ada orang nak sponsor tengok movie Dukun? Shai dulu khusyuk baca kisah Mona Fandey sampai kena marah ngn arwah papa XD.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge