Penggunaan Slime Dalam Terapi Jari Dan Menulis

Tak sangka, penggunaan slime membantu dalam terapi jari naz! Awalnya beli sebab nak main semata ja. Hihi.. hasilnya jari jemari Naz makin kuat, hasil kerja tangannya pun makin halus.

Awalnya Shai tak tahu sangat pasal trend slime ni. Lepas jumpa dekat instagram yang bahagian explore tu ada orang dari indonesia jual slime , dia tunjuk slime dalam bekas besar sambil tekan benda alah tu.

Manalah mata tak tergoda tengok? Selalu Shai dengan anak akan tengok ralit ja. Sudahnya, teringin nak dapatkan slime ni dan cuba rasa dengan jari sendiri.

Apa Benda Itu Slime?

Slime, benda macam play dough tu cuma lebih lembik dan mudah dilentur. Ada macam-macam versi ada – clear, glitter, butter, snow, gold – macam-macam.

Shai punya personal, suka yang butter dan gold tu. Geram tengok kot.

Ha.slime yang macam ni. geram tengok

Bagaimana Nak Buat Slime?

Umumnya resipi nak buat slime ni, hanya perlukan gam biasa (jangan ko guna gam gajah atau epoxy pulak), dan satu larutan dipanggil activator (samada dengan larutan sabun serbuk basuh baju, campuran air suam dan borax, atau guna terus solution contact lens tu).

Campurkan dua-dua, jadilah slime.

Dan beza variasi tu hasil dari campuran bahan-bahan tertentu sebelum ditambah activator tu. Jadi banyaklah resipi slime yang ada. Sampai rambang mata jadinya. 😛

Cara buat slime paling asas. Pewarna makanan tu pun terpulang, ikut warna korang suka

Bagaimana Slime Membantu Anak Menulis

Alkisahnya nak fokus bagaimana slime membantu Naz menulis. Sebab jari jemarinya tak berapa kuat, jadi nak menulis pun kena pegang semua, atau kalau susah sangat kena pegang dua jari sekali.

Targetnya, adalah menulis dengan biasa iaitu ‘pincer grasp’. Ini amat ditekankan oleh doktor OT Naz. Jadi slime ni dikira termasuk dalam material homeschooling dia.

Kena yang neat. Dan pada masa sama, jemarinya kena kuat untuk pegang objek tersebut

Alang-alang ummi pun boleh main sama muehehe…

Slime yang dibeli ni dari seller ig (galaxy_slime_malaysia). Shai beli yang 1 kotak ada pelbagai slime, selain 3 bekas lain jenis untuk merasa semua jenis hehe.. dan Shai beli soft clay (bukan daiso punya) dan campur ke slime yang ada buat texture buttery. Mcm chewing gum pun ada, geram masa main tu.

Hasil Melatih Dengan Slime

Dalam geram main pun, secara tak langsung melatih jari Naz untuk kerja keras sedikit. Ada slime tu sengaja Shai buat liat sikit, biar latih Naz menguli betul-betul.

Ada juga dalam 3 minggu, tak sangka Naz tulis dengan satu jari, dan nak tulis ABC, melukis bentuk ikan dan kereta, adalah rupanya juga. Dan jari dia pegang pensil pun ada rupa ‘pincer grasp’. Korang boleh tengok kat ig Shai, post tentang tulisan tangan Naz, ada kat sebelah kanan di sidebar, page ni.

Sangat-sangat bersyukur. Kira Naz dah lepas satu step, tinggal nak fine tune agar lebih halus, tersusun tulisan dan lukisannya.

Rujukan lanjut, ada di website khas untuk OT. Klik sini.

Kesimpulan

Slime itu bagus. XD

Tapi serius, Shai amat rekomenkan sebab pengalaman sendiri dengan mengajar/homeschooling anak mildly autistic ni, slime membantu dalam aspek terapi anak.

Nak tadika, belum ada kesempatan dan kesesuaian lagi. Kalau tak dah hantar dah untuk dia berkawan juga. ^^v

In a way, ia juga bagus untuk latihan fisioterapi kan?

Korang terjebak juga dengan slime ni tak? Beli dengan sapa? XD

Bacaan lanjut

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge