Perbezaan Antara Eau De Toilette dan Eau De Parfum

Seperti namanya, ada perbezaan antara Eau de Toilette dan Eau de Parfum tau. Botol-botol perfume yang anda lihat di pasaran ada perbezaan dalam kandungannya. Bau tu haruslah kalau dari botol berbeza. Yang Shai maksudkan, adalah kepekatannya.

perbezaan antara Eau de Toilette dan Eau de Parfum

Perbezaan Antara Eau De Toilette dan Eau De Parfum

Nama pun tergeliat nak menyebut.

Secara asasnya, Eau de Toilette (EDT), Eau de Parfum (EDP), dan Cologne bermaksud perfume yang mempunyai kadar kepekatan bauan yang berbeza. Dan ia bermaksud berapa lama bau itu bertahan selepas sekali semburan.

Dulu selalu Shai ingat Eau de Toilette tu maksudnya toilet. Hehehe..

EDT, mengandungi 4-10% minyak wangian, berbanding EDP ada 8-15% kepekatannya. Kalau cologne/eau de fraiche lagi sikit, dalam 2-5% ja.

Paling power, Parfum/Extrait mengandungi 15-25% kepekatan.

Dan secara umumnya, semakin tinggi kepekatan, semakin lama ia bertahan, dan bermaksud semakin mahal lah harga sebotolnya.

PERBEZAAN ANTARA EAU DE TOILETTE, EAU DE PARFUM
Macam ni, sampai after splash pun ada

Faktor Lain Yang Mempengaruhi Ketahanan Bau Perfume Anda

Keep in mind juga, nak gunakan nama sebagai satu jaminan perfume anda bertahan lama pun tak berapa tepat. Sebab faktor lain seperti tahap perfume tu meruap, jenis minyak yang digunakan dalam perfume tersebut (selalu cologne, EDT guna bau sintetik, EDP dan ke atas guna ekstrak wangian asli).

Yang ni mesti pertama kali korang dengar kan? Tak percaya tengok kandungan botol perfume korang. 😀

Jenis Perfume Mana Yang Bagus Shai?

Pada pendapat Shai, haruslah yang jenis EDP koman-koman dipilih sebagai jenis perfume pilihan, sebab hanya sekali pakai pun (secara umumnya) tahan lama. Kalau kena dengan faktor lain seperti keserasian hormon, bau badan, dan persekitaran, sehari lebih pun ada lagi bottom notes tu. Kira untung lah dekat situ.

Tak dapat EDP, paling kureng EDT lah.

Kalau takat beli splash macam tak berbaloi kan? Sikit-sikit kena sembur. Baik mandi berendam je dalam perfume tu haha.

Kesimpulan

Untuk lebih selamat, ambil kira ja faktor yang disebutkan cuma gabungan sekali dengan bau yang anda sendiri bau, untuk tentukan kesesuaiannya.

Sebab perbezaan antara Eau de Toilette dan Eau de Parfum ini yang akan menentukan kekerapan, ketahanan bau, serta kuat atau tidak bau tu pada anda (takut orang lain terbau atau tak tahan dengan bau tersebut.hehe).

Agak-agak mesti korang fikir EDP yang paling sesuai kan? Langkah seterusnya adalah mencari notes yang sesuai dengan diri, berdasarkan checklist ini. Klik sini ya

 

Rujukan: 1

 

Bacaan lanjut

2 Comments

    1. Betul tu. Last2 orang sebut EDT atau EDP je. Biar alah membeli, menang memakai. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge