Pocket Perfume Original Dan Yang Jimat : Product Review

Shai nak berkongsi lepas guna pocket perfume original yang dibeli ni, syukur sangat dapat rezeki untuk jumpa yang original tanpa perlu banyak belanja. Serius. Baca sini kalau tak percaya.

Sebab Shai bekerja di rumah sambil uruskan anak setakat ni tak memerlukan Shai untuk keluar rumah (per se) seperti uruskan staf atau jumpa client ke apa.

Belum sampai ke situ lagi, tapi kena merancang ke arah situ juga. 😀

Keinginan Nak Ada Perfume Seperti Keinginan Dengan Tudung, Mekap, Dan Handbag Juga

Still, terperuk di rumah pun, pengalaman dan minat Shai dalam bidang health and beauty ni mana boleh hilang. Sebab tu untuk maintainkan flair tu Shai akan belek setiap produk kecantikan/mekap/kesihatan berjam-jam sebelum beli. Muahaha siapa teman aku g window shopping nasib lah.

Tapi tu lah, kini dengan online, boleh ja research siap-siap di rumah, kat kedai terus capai dan beli kan?

Mesti korang baca takat ni dah tarik nafas lega sebab fikir tak risau kalau kakak/mak/bini ko nak suruh teman belek barang lama-lama kan? XD

Anyway, isu sama jugalah dengan perfume ni. Berkenan kot. Malah berbulu je tengok perfume original berderet di kedai. Shai sukakan wangian ni sebab ia lambangkan serba sedikit personaliti kita, dan orang yang bau tu (in this case, suami dan mahram je lah) kena tekalah sebahagian personaliti kita yang lain, kalau itu yang korang nak.

Droolll! I see Gucci Envy (peberet Shai), Anna Sui, Vera Wang, Kenzo, Dior… Kalaulah dapat semua ni..

Chup! Perfume Ni Bukan Nak Dipakai Sampai Langgar Hukum Okay

Sebab tu ada perfume yang bauan yang dihasilkan ke arah sexy dan menggoda – ni korang buat pun within dalam hukum ye. Takdanya Shai advocate spray perfume sampai berkabus bila nak keluar rumah.

Untuk Shai, cukuplah bauan perfume yang boleh digunakan hari-hari dan masih melambangkan personaliti diri.

Siapa pakai perfume banyak sampai berkabus macam ni?

Perjalanan Nak Mencari Perfume Original

Shai mulakan dengan survey di website fragrantica.com, yang ada database perfume original dalam pasaran (perfume Avon pun ada kot), dengan top notes bottom notes nya, sinopsis perfume, siapa creator atau muse dia, serta review pengguna. Korang klik je kat sini.

Jadi Shai ada idea dan senarai perfume apa yang sesuai. Ni yang pertama.

Langkah keduanya, nak mencari perfume original tu lah satu hal.

Kesukaran Mencari Perfume Original

Mana tak nya, di kedai takda saiz purse atau pocket. Semuanya botol besar standard dan agak gedabak. Satu botol, pakai untuk di rumah sahaja, sembur sekali sehari je pun, korang rasa berapa lama boleh tahan? -.-

Even Kenzo flower ni pun, botol kecil sekali pun tahan setahun lebih. Hari-hari spray sejenis pun bosan juga

Standard EDT pun boleh tahan 2 tahun lebih. Kalau bau dan expire membazir pula kan. Tambahan pula, bosan lah juga nak pakai perfume sama berulang kali. Tukar2 sedikit ikut mood kita.

Baca sini: Perbezaan antara EDT dan EDP dekat perfume korang.

Kalau ada perfume original yang saiznya kecil dan murah, bagus kan?

Itu yang Shai dok doa sambil mencari, alhamdulillah jumpa juga.

Pocket Perfume Original: Review

Shai dapatkan perfume ini, dan serius sangat bersyukur dan happy ditemukan dengan jenis ini.

Seperti namanya, pocket perfume ini hanya 20ml sahaja, kalau pakai hari-hari pun akan tahan 3 bulan gitu (mungkin lebih kalau jenis EDP), dan harganya berpatutan.

Sebab ia perfume original yang di repack semula ke botol kecil.

Betul Ke Ni Perfume Original, Bukan Copy?

Sungguh original. Sebab dah test dengan orang perfume yang Shai kenal. Shai awal-awal pun was-was juga macam korang. Tapi lepas check betul-betul dan tawakkal masa beli, kemudian test setelah dapat, alhamdulillah memang betul original.

So okay, Shai dah test keaslian perfume ini untuk korang. 😀

Sampai boleh beza ketahanan EDT dan EDP yang Shai beli, seperti dalam gambar ini.

Akhirnya perfume idaman semua dapat. Especially yang bestseller klasik Gucci Envy tu. Miracle dah kena pow haha..

Untuk perfume ini, Shai bagi 5 bintang. Sebab:

  • Sangat berpatutan, harga sebotol tak lebih RM20 ja
  • 20 ml satu botol, boleh tahan sehingga 3 bulan (ikut jenis juga), jadi boleh tukar-tukar supaya tak bosan
  • Perfume original dalam botolnya pun ada 50ml, harganya RM230. Jadi dengan amaun yang sama pun harga perfume Shai beli takat RM50 ja. Murah kan?

Itulah kesimpulannya. Dan setakat ni Shai amat berpuas hati. Bau dalam setiap botol masih belum teroksida ke apa pun (punca perfume kita rosak). Still sama, masih wangi. ^^v

Kalau korang nak dapatkan perfume ini, boleh klik sini untuk senarai penuh stok terkini perfume ini ya. Dan sebelum tu Shai amat cadangkan, untuk baca panduan memilih perfume, di sini untuk mencari yang sesuai dengan mood dan personaliti.

Semoga membantu korang! Especially korang yang suri rumah dan tetap mahu berhias cantik dan wangi. Tak salah kan? ^^v

Bacaan lanjut

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge