Lip Matte – Cara Pemakaian Dan Idea Menggunakannya

Alkisahnya, sekarang Shai pun dah terjebak dengan penggunaan lip matte ini hehe.. dulu tak berani nak guna sebab rasa formula matte ini agak mengeringkan bibir, namun  ila dah tengok banyak brand dengan macam-macam colelction dan warna, akhirnya ku akur dengan tarikan lip matte ni. Aiseh!

Formula matte ni, bermaksud warnanya tidaklah berkilat seperti lipstick dengan formula creamy, sheer, satin, mahupun gloss. Dia tak ada kilat; hanya bergantung kepada pigment dan warna itu tersendiri untuk kelihatan menyerlah (atau dalam bahasa omputihnya, popping).

Jadi sebelum nak pakai tu bukan main calit terus ja – persediaan sedikit kena ada agar kemasan licin dan elok disapu.

Melainkan korang nak ia bercapuk, tanggal sana-sini, apalagi sampai melekat dekat celah gigi. ?

Persediaan Sebelum Pemakaian Lip Matte

Untuk kemasan yang licin tanpa celoreng (streaks orang kata), pastikan anda telah skrub bibir anda terlebih dahulu, untuk keluarkan kulit mati dan ‘gebukan’ bibir. Nak guna lip scrub yang ada pun boleh, resipi DIY dengan gula halus dan minyak zaitun, atau gunakan sahaja berus gigi lembut dengan sedikit ubat gigi, gosok perlahan-lahan.

Jangan ditonyoh pulak karang luka. 3 hari tak boleh pakai lipstick langsung.

Sapukan pelembab bibir untuk ratakan permukaan bibir, disamping memberi sedikit lembapan (dah macam ayat iklan pulak). Lagipun lip matte ni formula dia agak kering, jadi eloklah guna lip balm tu.

Baru guna lip matte kegemaran korang tu. Tapi gunakan hanya lepas korang dah habis ber-makeup tau. Biarkan lip balm settle in elok ke bibir, sebelum sapu lip matte pada akhir sesi makeup tu. Kalau tak nanti jadi creamy, tak jadilah efek matte nya tuh.

Idea Pemakaian Lip Matte

Gunakan lip liner untuk lukis bibir dulu, sebelum gunakan lip matte, agar tak warna terlebih kat luar bibir tu. susah nak lap kot.

Idea bagus ialah gunakan lip primer sebelum menyapu lip matte. Kadang-kadang bibir kita warnanya tidak sama atas bawah, malah lip primer ni berguna untuk bagi lip matte korang tahan lama dan nampak lebih terang, sama macam dekat botolnya tu.

Macam eyeshadow primer, gitulah fungsinya juga. ?

Ni kalau korang nak bagi lip matte berkilat di bibir, sapu sahaja lip gloss atau lip balm takda warna, atau dap2 sikit highlighter atau bronzer kat tengah bibir untuk nampak berkilat.

Camni efek nya jika sapukan highlighter/bronzer dekat tengah bibir, dan blend

Tips Agar Lip Matte Anda Tahan Lama Dan Segar

Lip matte ni lain sedikit daripada lipstick formula biasa sebelum ni (agak kering bebenonya), jadi caranya pun agak lain. Sedikit tips ini inshaa Allah membantu.

Sebelum angau dulu dengan warna lip matte tu, check formula yang dia guna, dengan reviews yang ada. Jika ia banyak mengandungi bahan-bahan lembap (jojoba oil, vitamin E contohnya), lip matte tersebut mungkin tidak mengeringkan bibir (atau lagi teruk, sampai merekah).

Takdalah membazir kalau beli nanti ye dok.

Orang kata Nyx SMLC ni formula lembut dan warna tahan. Tengok warna ni, i drool tengok tau. Suka yang nudes and mauve pinks, especially yang London n Abu Dhabi ni. Sapa nak belanja? XD Kredit: pinterest/instagram

Jika anda merancang nak pakai lip matte hari ni (rasanya ikut trend sekarang, hari-hari lah kot hehe), sebaiknya lembapkan bibir anda dengan kerap sebagai persediaan. Contohnya pagi tu nak pakai, sebelum tidur sapulah lebih sedikit lip balm tu.

Tip seperti asalnya, gunakan lip primer agar ia tahan lama, melekat elok di bibir, dan korang takda nak touch up selalu.

Bawa lip balm (yang jenis takda minyak) untuk touch up jika perlu. Kalau warna tu dah nak hilang dan masih ada baki lagi, tonyoh sedikit dengan tisu ke bibir yang disapu lebih lip balm (atau makeup wipes terus), tunggu dalam 10 saat gitu sebelum mulakan sapuan baru.

Ni lip matte, jangan banyak songeh.

Sapu satu kali sahaja lip matte tau. By right, formula yang betul hanya memerlukan satu sapuan sahaja kerana pigment dalam formula ini lebih banyak.

 

Korang suka lip matte jenama apa? Cer cadangkan dekat komen ni. Mana tau Shai teringin nak cuba, boleh share review kat sini pulak. ^^v

Update 2018: Dan Shai dapat lip matte baru daripada Elianto ni, korang boleh baca sini untuk ketahui review Shai sendiri (real punya, bukan sponsor ye).

 

Rujukan: 1,2, 3

Bacaan lanjut

6 Comments

  1. pakai laa lipmatte kekasih … Boleh follow ig saya .. untuk tambah follower Kekasihpeneng_byida

  2. Lip matte kegemaran Kak Ain semestinya dari ZAWARA Cosmetics. Ada 10 warna memukau dan bahan2 yang digunakan confirm selamat dan halal.. 🙂

    Nak try lip matte ZAWARA boleh contact Kak Ain atau cuci-cuci mata kat IG ZAWARA Sepang.. hehehehehe..

    1. Teringin nak pakai sejak tengok billboard dia. Ada sample/mini versions tak dear? Boleh buat review 😀

      1. cuba pakai semi lipmatte bungaa.. bestt ringan xmelekit.. pakai dia xrasa mcm pakai lipmatte pun..bau pun wangi.. bukan takat mencantik malah lebih kpd merawat bibir.. sy pakai saya jual.. nk cuba blh wassap sy 0142965010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge