Cara Shai Hasilkan Planner yang Sesuai Dengan Diri

Kita hanya merancang, Allah akan menentukan. Namun perlu juga kita merancang, secara tak langsung kita takda melangut menunggu hingga terbazir masa pula. πŸ˜€ Apakah manfaatnya?

Malah membuat satu planner (diari aktiviti harian) telah menjadi satu keperluan dan bukannya berlebihan. Ya, suri rumah juga boleh mendapatkan manfaat menggunakan satu planner khas untuk keperluan dan rutin hariannya. Kuncinya? Mengetahui planner dan layout yang sesuai dengan aktiviti yang biasa dilakukan, serta tahan lasak πŸ˜‰

contoh erin condren planners

Cerita lawak dengan planner ni

Shai ni kaki organize. Lagi-lagi kalau dulu tu macam dah tahap freak dah. Evertything needs to be in order atau Shai akan mula kalut. Bila jumpa en.somi yang agak spontaneous baru lah Shai cam rilek dan agak flexible/adaptable.

Silap Shai juga, tak sedar kita hanya sekadar merancang, Allah yang tentukan hasil akhir tiap-tiap perancangan tersebut, apatah lagi tidak minta izin daripada Allah sebelum memulakan sesuatu walau remeh sekalipun.

Okelah takmo melalut dulu kerana dalam entri ini, Shai nak berkongsi tips bagaimana nak design planner kita sendiri. Maaflah dah tengah bulan baru nak share. Sebab Shai guna semula planner ni pada bulan 3.

Lagi sekali, Shai akan kongsikan cerita kelakar+sengal di masa lain. Malu woo untuk kaki organizer nih.

Tips untuk hasilkan planner yang sesuai dengan diri

Memandangkan banyak planner yang ada di pasaran (try terjah MPH dan Popular hujung tahun ini) kita pun pening nak belek mana yang sesuai kan. Ada planner nampak canggih dan mewah giler last2 takat kumpul habuk je. +.+

Oke, untuk bermula, adalah perlu untuk pilih planner dari segi bentuk asasnya dahulu, melalui checklist ini. Keep it simple dearest!

4 checklist untuk planner

Antara idea yang boleh anda lihat untuk design/pilih planner sendiri. πŸ˜€ di sini juga Shai dapatkan inspirasi hasilkan planner kegunaan sendiri.

monthly planner
Contoh monthly planner, dari Erin Condren. comey kan?

Nak beli mahaiii.. erin condren paling murah $30, belum kira shipping dan cukai sana lagi (GST lagi..), plum paper pun masih dalam range $15 aiyo..

Hasilnya Shai buat planner sendiri, siap dengan marker, post it notes, dan pen kaler-kaler. Seperti yang dilihat, Shai ada monthly dan daily planner (dibuat dalam mingguan) untuk mudahkan sekali imbas. v^^v

https://instagram.com/p/1W0JxGLN3O/?taken-by=shai.mommylotte

Ada salah satu master Shai gunakan planner ini dia beli RM400 harganya. Tangkap leleh jugalah kerana selain free gift yang bundle sekali, kita pun puas hati guna, kertasnya tahan lasak dan tahan dibawa kemana-mana. ^^v

Dan juga akaun IG Shai buat khas untuk planner memplanner nih. XD Klik sini untuk follow ya.

signature mommylotte

Bacaan lanjut

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge