Penyelesaian Untuk Jerawat, Rambut Gugur, Malah Untuk Kurus

Masalah dan tanda kekurangan zinc biasa orang tak dengar kan? Kerana ia adalah salah satu nutrisi mikro yang tak berapa diambil peduli, namun sangat besar manfaatnya dan juga untuk kegunaan tubuh untuk berfungsi dengan lancar. Kalau dibaca senarai kekurangan zink ni, saya jamin 99% anda ada simptom-simptom seperti ini.

Zink pun untuk kurus juga tau!
Zink pun untuk kurus juga tau!

Mengikut kajian yang dibuat oleh World Health Organization (WHO), kekurangan zink ni satu masalah yang dah lama berlaku (sejak azali kot) kerana bukan sahaja disebabkan oleh makanan yang kita ambil yang terang-terang kekurangan zink, tapi kerana sumber makanan lain yang menyerap zink tu siap-siap, sebelum tubuh kita dapat memanfaatkan zink tersebut.

Klik sini untuk dapatkan kajian teks penuh oleh WHO, tentang kekurangan zink dalam populasi kita.

Maka, simptom kekurangan zink ni banyak berlaku di kawasan benua Afrika, Timur Mediterranean, malah Asia Tenggara (negara kita lah tu, Malaysia).

Contohnya, makanan yang biasa kita ambil adalah nasi dan roti kan? Kandungan phytate dalam benda berkanji ni lah yang akan menyerap zink dulu.

Sebab tu, elok jika kita makan makanan yang kaya zink (atau makanan tambahan pekat zink) ketika perut kosong atau at least, sebelum kita makan makanan yang biasa diambil.

Apa akan jadi jika kita ada tanda kekurangan zink?

Kenapa zink sangat diperlukan oleh tubuh kita

Untuk semua, kerana zink membabitkan setiap sel dalam tubuh, malah sampai ke DNA sekalipun. 

benefits zinc kena crop

Selain untuk pemulihan luka, zink ini sebenarnya diperlukan oleh setiap sel dalam tubuh badan kita, dari segi pemulihan dan pembinaan sel, selain melindunginya daripada cedera. Sebab itu, dalam zink sangat digunakan lebih-lebih lagi dalam set bersalin, nak sembuhkan luka luaran dan dalaman di bawah tu ha.

Seperti yang disebutkan zink diperlukan oleh setiap sel, maka secara angsung ia diperlukan oleh wanita hamil, untuk tumbersaran anak dalam perut. malah, kekurangan zink juga akan menyebabkan komplikasi dalam kelahiran.

siapalah yang sanggup nak tahan sakit beranak sampai 12 jam wehh..

Kalau asyik sakit dan cepat demam (malah kerap tercirit), tu juga salah satu tanda zink dah kurang sangat dalam simpanan tubuh kita.

Sumber zink terbaik

Pelbagai sumber makanan yang kaya dengan zink sebenarnya, hanya kerana kita biasa mengambil nasi/roti bersama-sama makanan tersebut menyebabkan zink tak dapat diserap dengan sepenuhnya.

Kecuali coklat gelap kot. hihi..

zinc foods combined

 

Nah, belanja lagi gambar kebaikan zink bila diambil dengan cukup. Ada tentang jerawat, kuatkan sistem imunisasi kita, menguruskan glukosa dalam tubuh (bagus untuk yang mempunyai simptom diabetis), malah untuk kurus dan tenaga batin.

benefits zinc full 2

 

Cara mudah untuk cukupkan keperluan zink

Sudah tentu, apa-apa pun kita perlu dapatkan zink dari sumber alami kerana secara umunya ia lebih mudah diserap berbanding dengan dari supplemen (yang kebiasaanya menggunakan zink sintetik).

Namun jika nak memudahkan lagi hidup, disamping maintain kesihatan umum dengan optimum, anda sangat digalakkan untuk mengambil sumber zink tambahan, yang dihasilkan dari tumbuhan semata-mata.

UPDATE: Mulai 2019 ini, Shai tidak lagi menyediakan penjualan dan konsultasi berpandukan produk shaklee, kerana kekangan masa dan tenaga. Instead Shai fokus lebih kepada konsultasi produk digital Shai iaitu panduan gastrik dan juga siri Weightloss Workbook.

*ya, konsultasi berjela-jela yang Shai sediakan hanya untuk produk digital ja la ni; makin ramai nak jaga, terima kasih atas sokongan ya. 

Info dalam page produk shaklee dikira sedekah ja lah; boleh contact seller2 shaklee lain yang sesuai. 😀

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge