Asyik nak mengunyah je? Baca sini apa sebabnya

Saya suka makan. Itu fakta. Walaupun saya dah lama menukar cara makan (khususnya mindset, when it comes to food; tumpukan pada kandungan nutrien, bukan pada rasanya), hobi saya untuk makan memang tak berubah pun.

Dulu saya mungkin akan mengambil makanan kegemaran (of course lah tak berapa sihat.ahaks) dengan begitu banyak sekali sampai boleh mengah perut, sekarang saya lebih kepada enjoy citarasa makanan baru, untuk dinikmati sambil buat analisis bahan-bahan dia.

(ala-ala kritik style masterchef gitew)

Masa awal-awal buat perangai makan banyak, tengoklah apa jadi lepas tu – terus masuk hospital. Walaupun kini saya lebih kepada healthy eating, kalau tetiba ada makanan yang kena dengan tekak adei…otak akan sokmo carik alasan untuk makan sekerap mungkin; ambil sket2.. *munch munch

Kerap makan sampai 8x sehari, kan dah buang banyak masa kat situ.. betul tak?

Lagi-lagi kini, dah jadi ibu ni sah-sah lah banyak kerja kena buat – mana nak basuh baju, mana nak sapu sampah, mana nak kemas rumah – tambahan pula dengan anak berumur <5 tahun, dalam 10 minit konfom sepah balik.huhuhu….

da5b6f7d29302a40e0e4e72e83749f9d

Cara hentikan kerap kunyah2 ni, siap dengan bukti

Sehinggalah dahulu kala ketika di Uni saya ada terjumpa info tentang kebaikan bersarap dengan makanan yang berprotein tinggi akan mengurangkan rasa nak mengunyah sepanjang hari, saya terus try.

1) Mudah sahaja, awal pagi saya bersarap dengan segelas susu extra pekat (3 sudu bukit susu tepung dalam gelas) sebelum mula ‘main kejar-kejar’ dengan bas zon 2 UKM.

2) Surprise surprise. Selepas diuji semula dalam seminggu++, saya dapati dah kurang dah nak mengunyah2 sokmo. Hanya sedikit nasi+lebihkan sayur dan lauk untuk makanan tengahari, disusuli dengan segelas susu, selepas workout.

3) Kalau malam, saya paksa diri minum susu+oat sampai rasa kenyang tu hilang. Kalau tak mulut nak sambung mengunyah je..

anigif_enhanced-buzz-22604-1403891744-4

Yalah, tak tipu..ada je jajan yang saya suka makan..lagi2 ubi sambal/biskut bantal..tapi jujurnya, akalu dulu asal boleh nak beli je sebelum masuk dewan kuliah fizik, lepas2 tu tak heran sangat dah..sekadar melepas rindu nak rasa aja..

Saya selidik semula tujuan/kebaikan mengambil sumber makanan yang tinggi protein ketika sarapan dari sini. Ni hasilnya:

Penyelesaian kalau asyik mengunyah je

Mudah sahaja..selain wajibul ghunnah untuk bersarap, moleklah dengan menjadikan makanan yang tinggi protein sebagai komponen utama dalam diet harian.

Contohnya, 1) saya mengambil 2 biji telur separuh masak+sedikit kicap. 2) Kadang-kadang jika gian, buat telur hancur campur sedikit parutan/cebisan keju sambil makan dengan roti < yang ni konfom larat makan 2,3 keping roti je sebab cepat kenyang.

3) Atau macam sekarang ni, nak sarap quick2 aje, saya minum esp terus. Buh je 1 sudu bukit, cmpur sket susu tepung n air suam, shake2 it (not like a polaroid picture, though). Dah siap dan kenyang, sbb esp hanyalah pure protein.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge