8 tip genius dan mudah untuk packing barang raya ini

Yeay raya dah nak dekat dah ni. Time ni lah kita mula kalut fikir nak bawak barang apa nak balik kampung ni ye dok. Lebih-lebih lagi untuk kaum ibu yang lagi pening memikir untukkemas barangan diri, anak, suami, dan untuk saudara mara kat kampung nanti.

Gunakan sahaja 8 tip genius ini untuk mudahkan tugas anda ketika packing barang, pasti boleh siap kurang sehari. 😀

1) Sediakan senarai untuk setiap ahli keluarga
Buat satu senarai untuk setiap ahli keluarga dalam satu kertas A4 untuk setiap ahli keluarga (longgok sekali pun boleh aje kalau muat dan tulis barang yang ingin dibawa ikut kategori (contohnya pakaian, alat2 mekap, dan makanan).
Contohnya seperti senarai yang biasa saya buat seperti dalam gambar ni. 3 beranak je kami, jadi cukup sekeping kertas aje.hehe..
Tip: simpan senarai ini sehingga sebelum pulang ke rumah untuk check kalau2 ada yang tertinggal (naya je kalau kampung nak balik tu jaraknya 50km++).

2) Lipat dan gulung baju dalam beg

Gulung baju yang ingin dibawa dan bukan sekadar lipat sahaja. Lagi mudah untuk tengok sekali imbas dan ambil dari menyelongkar sampai ke dasar beg, takut kacau baju lain yang dah dilipat cantik. Malah menggulung baju pun  sebenarnya amat menjimatkan ruang (tengok gambar di bawah).
Setiap item baju di gulung serapat mungkin untuk memaksimumkan ruang dalam beg pakaian. Takdalah nak angkut beg balik kampung macam nak pindah rumah gamaknya 😛

Untuk baju yang mudah berkedut (biasanya baju raya perempuan lah eheh), gosok dahulu baju cantik2 dan simpan dalam baju pelindung plastik sebelum dilipat kemas. Plastik itu akan melindungi baju dari sebarang kedutan yang menjengkelkan, selain jimat masa untuk menggosok baju raya lepas ni.
Tau lah masa pagi raya atau malam sebelumnya, masa tu jugaklah sedara mara, sepupu sepapat berebut iron baju XD

3) Barang kemas dan produk kecantikan disimpan dalam bekas kecil

Pengunaan bekas kecil memang menjimatkan ruang dengan banyak.
Bekas yang mempunyai banyak bahagian (contohnya bekas ubat) adalah yang terbaik untuk mengasingkan barang kemas dari tersimpul dan hilang dicelah2 beg.
Takdalah pin2 yang hilang bila nak bersiap untuk raya ni. hehe..
Gunakan juga bekas yang kecil (travel size orang kata) untuk simpan produk yang berbentuk cecair seperti syampu, pelembab, dan BB cream. Sebab ia dalam bentuk cecair, sebaiknya guna bekas yang pentupnya tutup rapat (lihat gambar di bawah).
Pastikan label siap-siap bekas tu, kalau tak tok laki pakai sabun anak buat mandinya -.-
Tip: kalau ada je bekas2 yang kecik terus bersihkan dan simpan (selalunya daripada sampel produk atau botol syampu hotel). Boleh guna masa2 kritikal mcm ni kan?

4) Simpan pencukur dengan selamat

Gunakan klip fail seperti gambar untuk melindungi tangan ketika mengambil pencukur dalam beg. Tip ini amat penting lagi2 kalau ada anak yang kecil lagi.
Anak saya dah terkena, tobat lah terus guna tip ini dalam rumah sekalipun.

 5) Balut barangan berkaca dengan kain

Barangan berkaca seperti pewangi dan deodorant kalau berlaga kuat boleh pecah (lagi2 yang bentuk cecair, habis bercampur bau dan rosak fabrik baju). Sebaiknya balut barangan tersebut dengan kain dan diikat kemas dengan getah atau lagi mudah, guna aja stokin lama dan sumbat terus sebelum disimpan dalam beg (basuh stokin lama dulu ye)

6) Gunakan bekas yang lutsinar untuk mudah dilihat

Bekas lutsinar yang berzip seperti dalam gambar sangat mudahkan kerja kita dari membazir masa mengorek satu persatu kan?
Kotak keras atau plastik ziplock juga boleh dijadikan alternatif, janji dia lutsinar. 🙂

Seperti biasa, labelkan juga bekas2 tersebut untuk memudahkan anda mencari barang.

7) Sediakan ruang penyangkut untuk barang keperluan dalam perjalanan

 Simpan sahaja apa yang diperlukan oleh ahli keluarga dalam ruang penyangkut ini (biskut kudapan, botol air). Malah sedikit mainan anak juga boleh disimpan untuk membantu anak mengisi masa dan mengelakkannya dari bosan.
Penyangkut barang sebegini ada dijual di DIY atau Daiso. mur-mur ja ni, kereta pun tak bersepah 😀
Tip: Ia sangat berguna lagi2 jika ruang dalam kereta adalah terhad kerana penyangkut ini boleh memaksimumkan ruang.

8) Simpan makanan dalam bekas KHAS sahaja

Makanan kalau dah dibawa masuk dalam kereta pasti akan bersepah. Elakkan dengan menyediakan bekas khas untuk makanan sahaja.
Dengan bekas ini lebih mudah, hanya perlu pass bekas sahaja tanpa risau tertumpah/meleleh keluar, dan sedikit sebanyak akan membantu mendisiplinkan anak ketika dalam kereta.
Tip ini juga berguna dengan menyediakan bekas/plastik khas untuk sampah di dalam kereta.

Kesimpulan

Tip-tip packing ini biasa Shai gunakan setiap kali balik kampung/berjalan jauh. Yelah sejak ada anak kecil ni, boleh kata semuanya kena teliti supaya ibu boleh enjoy walaupun ada anak kecil (selain faktor keselamatan juga).

Untuk bacaan lebih lanjut bagaimana Shai buat senarai packing lain yang memudahkan, klik link di bawah ni ya. Mana tau sesuai dengan korang.

5 TIPS + BONUS untuk melancong bersama anak kecil

Tip Jimat Masa, Packing Baju 1 Malam

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge